Translate

Rabu, 10 Oktober 2012

taufo kacang buncis


Pagi tadi pergi kedai jumpa smooth egg tofu.. Teringin nak masak, dulu selalu makan. Cari resepi taufo ni  kat internet tak jumpa, takpelah saya buat sendiri jelah..


Bahan
3 paket taufo
1 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (potong bulat)
lobak
cili besar
2 sudu besar kicap
sedikit kiub daging knorr
minyak
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
garam

Cara
Potong taufo seperti duit syiling
Panaskan kuali dan masukkan minyak
Goreng taufo hingga kuning. Pastikan minyak betul-betul panas.
Hati-hati kerana taufo akan meletup macam goreng telur.
Angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, buang minyak gorengan tadi yang berlebihan.
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili besar.
Masukkan juga kiub daging knorr. Biarkan sebentar.
Masukkan sedikit air dan kicap.
Setelah mendidih masukkan taufo tadi.
Akhir sekali masukkan sedikit garam.
Matikan api.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.