Translate

Isnin, 8 Oktober 2012

Penyediaan sambal segera.

Kepada wanita yang berkerjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja saya ada tips supaya puan dapat menyediakan makanan pantas sebaik saja pulang dari kerja dan tak perlu membeli di kedai. Kita tengok
cara-cara penyediannya.

Bahan
30 tangkai cili kering. (tambah kalau suka pedas)*
20 ulas bawang merah.*
10 ulas bawang putih.*
Minyak masak.
Gula dan garam.

Cara
Panaskan kuali dan tuang minyak.
Masukkan bahan yang bertanda *.
Tumis hingga naik bau.
Perasakan dengan garam dan gula.
Biarkan sejuk.

Bila dah sejuk bungkus kecil2 dan simpan dalam peti ais.
Kalau nak tahan lama simpan di tempat beku.

Contoh masakan pantas. Panaskan minyak dan masukkan cili yang telah disediakan.
Masukkan ayam/ikan/telur dan lain2. Siap untuk dihidangkan.

Sambal ikam tenggiri.

Sambal telur





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.