Translate

Selasa, 9 Oktober 2012

rancanglah kewangan anda

Membuat jadual pengurusan perbelanjaan setiap bulan mengikut kreativiti saya sendiri dapat memudahkan saya membuat rujukan bagi mengelakkan "over budget". Di antara contoh jadual pembelanjaan.
Untuk memudahkan perbelanjaan bulanan, asingkan perbelanjaan untuk suami dan isteri, dan digabungkan kesemuanya seperti jadual di bawah.

Buat perbelanjaan keseluruhan dari bulan Januari hingga Disember. Masukkan kesemua perbelanjaan tetap setiap bulan. Jangan lupa ramalkan berapa perbelanjaan yang tidak diketahui seperti untuk raya, road tax, keperluan lain, perbelanjaan sekolah dan lain2 lagi yang anda fikirkan. Anda juga boleh ramalkan perbelanjaan pada bulan berikutnya atau tahun seterusnya.

Jadual seperti ini juga memudahkan kepada peniaga kecil-kecilan yang tiada rekod akaun bank yang mana mungkin ada perbelanjaan yang berlebihan. Caranya sama dengan mengisi senarai barang dan meletakkan harganya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.

Catat Ulasan