Translate

Jumaat, 25 Januari 2013

Penatnya Mencari Kelas Tak Jumpa

Minggu lepas anak-anak Kju yang bersekolah menengah
dah dapat duit bantuan awal persekolahan kini, tibalah masanya
anak ketiga Kju pula yang dapat. Tiga je anak Kju sekarang ni.
Sebelum ni Hazwan masuk di kelas darjah 2C.
Bila dah tiba giliran Kju untuk ambil duit bantuan tu
dengan cornfidentnya Kju menyebut nama anak.
Pas tu cikgu semak punya semak nama anak Kju tak
ada dalam senarai. Pulak dah. Habis tu dia di kelas apa.

Tibalah masanya Kju pergi dari satu kelas ke satu kelas
tanya setiap cikgu "nama anak saya ada kat kelas ni tak?"
Dari kelas A sampai H tu.. Naik tangga turun tangga.
Aduh penatnya. Dalam kepala cuma satu je, sekadar nak
tahu kelas sebenar anak Kju, memang tak berharap langsunglah
nak dapat duit bantuan tu.. Tak de pun tak apa asalkan tahu
dia di kelas mana cukuplah..

Fikir punya fikir, baiklah ini usaha terakhir Kju.
Ok, Kju pergi ke pejabat sekolah meminta bantuan
seorang guru untuk menyemak di dalam data komputer
sekolah untuk penempatan murid ke kelas.
Dah semak rupanya dia di tempatkan di kelas 2A.
Okeylah tapi kenapa tadi cek tak ada dalam list cikgu.
Rupa-rupanya namanya telah dikeluarkan dari senarai.
Berkemungkinan guru tersebut beranggap anak muridnya
telah berpindah. Dan guru di kelas sebelah tak perasan
yang anak muridnya telah bertambah.

Takpelah benda dah jadi. Apa boleh buat.
Manusia tak lari dari buat kesilapan.
Dan Kju juga dah dapat duit bantuan tu.
Bila tanya Hazwan kenapa dia masuk ke kelas 2C,
dia cakap dia tak tahu dia kelas yang mana.
Jadi dia main masuk je kelas yang mana-mana..
Pulak dah..

Jumaat, 18 Januari 2013

Duit Bantuan Awal Persekolahan 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang tak gembira dapat duit bantuan dari kerajaan ye tak. Semalam anak-anak Kju yang bersekolah menengah dah dapat duit bantuan awal persekolahan. Syukur alhamdulillah ringan sedikit beban ibubapa.

Ada yang cakap duit ni sebagai gula-gula.. Tapi Kju tak kisahlah gula-gula ke apa ke sebagai rakyat Malaysia terasa kita dihargai. Kalau tengok harga barangan naik disebabkan bantuan macam ni Kju rasa ada hikmahnya sebab kadar cukai pendapatan juga dah kurang.. Jadi kita semua bekerjasama untuk negara. Walau apa pun cerita disebaliknya pemberian ini kita anggaplah sebagai suatu takdir. Kita telah ditakdirkan untuk mendapat bantuan ini.

Kalau ada yang tak puas hati, rasa tak cukup ke atau apa, cuba imbas kembali, dulu untuk berpendapatan lebih RM2000, tidak dibekalkan buku teks, sebaliknya ibubapa kena membelinya sendiri. Yang kedua, ibubapa tidak perlu membayar yuran tambahan. Untuk sekolah menengah ada juga bayaran lain untuk sanitary dan majalah. Tapi tak apa, anda semua mesti sayangkan anak-anakkan. Jadi labur sedikit untuk mereka insyaAllah esok bila mereka dah bekerja mereka membantu anda semula.

Tapi kalau ada yang tak puas hati juga apa boleh buat. Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Ucapkan syukur, insyaAllah semuanya cukup walaupun, anda banyak tanggungan atau kekurangan wang. Rezeki Allah yang beri,  kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Dan setiap usaha pasti ada ganjaran dan pahala.

Ikan Mabong Goreng Perap

Tak payah cerita banyak-banyak jom layan terus resepi ni.


Bahan
2 ekor ikan mabong.
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 tangkai cili besar *
2 sudu besar tepung pulut.
sedikit serbuk kunyit.
garam secukup rasa.

Cara
Cuci bersih ikan mabong.
Kisar bahan yang bertanda * dengan sedikit air.
Tapis dan buang airnya, ambil hampasnya sahaja.
Gaulkan ikan bersama bahan kisar, garam dan kunyit.
Taburkan tepung pulut.
Gaul sebati dan perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
Goreng ikan seperti biasa.
Lebih sedap jika digoreng bersama daun kari.

Sup Tulang dan Sambal Kicap

Tanpa berlengah-lengah masa lagi jom kita terus ke resepi.

Bahan
2kg tulang rusuk lembu
4 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
6 biji buah keras (blend dgn sedikit air)
buah pelaga
bunga cengkih
kayu manis
1 bunjut sup
3 biji kentang (belah 4)
1 batang daun saderi (potong besar)
1 kiub daging knor
bawang goreng
3-4 liter air
1 sudu gula
garam secukupnya

Cara
Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.
Masukkan buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis.
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan sup bunjut.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan buah keras.
Kacau seketika dan masukkan tulang rusuk.
Masukkan air.
Tutup periuk dan biarkan daging empuk.
Setelah daging empuk masukkan kentang dan kiub daging.
Kacau dan biarkan kentang empuk.
Kemudian masukkan daun saderi.
Masukkan garam dan gula.
Padamkan api dan taburkan bawang goreng.

Sambal Kicap
 Bahan
6 tangkai cili api
4 sudu besar kicap

Cara
Lenyekkan cili menggunakan sudu.
Tuangkan kicap.
Gaul sebati.
Bolehlah dimakan bersama sup tulang.





Rabu, 16 Januari 2013

Hotdog Masak Sos

Hari ni kju tak tau nak masak apa, jadi kju masak hotdog masak
sos yang simple dan sapa-sapa pun boleh masak. Terutama sekali
kepada anak-anak dara yang bujang dan ibu-ibu yang pening
kepala sebab anak tak ada selera makan atau memilih makanan.

Bila tengok menu ni, teringat pula masa zaman kju kerja dulu,
ada satu kedai tu selalu hidangkan masakan macam ni.
Dia juga tak lokek ilmu masakan dan berkongsi resepi
dengan kju.. dia akan mengajar apa jua jenis masakan
yang ditanya oleh pelanggannya. Dan sudah semestinya
masakan yang dia masak tu mestilah sedap.. wallah.

Resepi untuk menu ini kju tak tanya pula macam mana nak
memasaknya.. Jadi yang ni kju masak main hentam je..
Asalkan rasanya sama. Kalau ada yang mencuba dan nak rasa
kelainan sikit boleh tambah sos tiram atau sos lada hitam.
Kalau tak nak menggoreng hotdog, bolehlah merebusnya.

Resepi
1 paket sosej/hotdog (potong menyerong)
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 labu bawang holland (potong dadu)
1/2 inci halia (dihiris)
sedikit garam

Cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Goreng sosej sebentar.
Angkat dan toskan.

Di dalam kuali yang sama, keluarkan lebihan minyak.
Tumis bawang holland dan halia sehingga wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Kacau sebentar dan masukkan garam.
Akhir sekali masukkan sosej.
Gaul sebati dan hidangkan.

Boleh dihiaskan mengikut kreativiti anda.





Pusat Sains Negara

29-12-12
Nilah tempat terakhir yang kju  dan keluarga melawat
untuk tahun 2012.

Pusat sains negara. Dah lama tak pergi rasanya
dah 10 tahun juga tak pergi ke sana.
Dulu masa anak masih kecil, mereka tak tau
apa itu sains. Sekarang dah besar barulah mereka
tahu alam dan sains ada kaitan satu sama lain. 

Lokasinya berdekatan Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara.

Pintu masuk ke Pusat Sains Negara.

Harga tiket masuk mengikut pakej dan untuk rombongan
sekolah ada harga istimewa yang ditawarkan.
Ada tiket percuma untuk golongan oku dan kanak-kanak
dibawah 6 tahun mengikut pakej yang ditawarkan juga.
Kju ambil pakej pertama dan kedua sahaja untuk pakej
star trek kena tambah RM20 seorang untuk dewasa
dan tambah RM10 untuk kanak-kanak 3-12 tahun.
Rasanya lain kali saja kami masuk star trek tu..

Pintu masuk ke Pusat Sains.

Akurium yang terdapat dibahagian menunggu.

Dah beli tiket, apa tunggu lagi kita masuk ke Pusat Sains.
Pintu masuknya adalah sebuah akurium air tawar.

Cantik akurium ni.. Ikan pun besar-besar buat masak lomak cili
padi sedap ni.

Show time.. Ada ujikaji dan eksperimen yang ditunjukkan.

Siapa yang teringin sangat nak kurus, bolehlah duduk depan
cermin ni lama-lama sikit mesti kurus.

Nak main piano gergasi ni menggunakan kaki ye bukan dengan tangan.

Sambil-sambil tengok tu terangkanlah pada anak tentang apa
yang dipamerkan.

Yang ni eksperiment tenteng wheel.. memang seronok bermain wheel ni.

Jangan risau jika nak ke tandas atau ke surau.. Kat situ memang ada
menyediakan kemudahan tersebut cuma kedai makan je tak de.
Nak makan kena keluar dari kawasan tu.. di sebelah Pusat Sains
ada kafe. Kami bawa bekal dari rumah.. jadi minta keluar kejaplah
sebab semuanya dah kebulur.

Ada macam-macam permainan untuk kanak-kanak.
Tempat ni ditutup pada pukul 5 petang jadi kami keluar dululah.
Klik sini untuk ke Swimming Pool Free untuk Kanak-kanak.





Swimming Pool Free untuk Kanak-kanak

Dah habis meneroka Pusat Sains Negara, kita keluar untuk pergi
ke kolam renang kanak-kanak. Sebelum tu main bubble dulu.
Lokasi swimming pool ni bersebelahan je dengan Pusat Sains.

Nak turun ikut tangga tu pun boleh, sambil turun sambil main.

Masuk adalah percuma.

Mula-mula tak nak bagi basah seluarlah konon..

Lepas tu habis semuanya basah. huhu..

Walaupun namanya kolam renang tetapi tetap ada unsur sains juga.

Kita tengok lebih dekat lagi..ni apa namanya pun tak tahulah.

Yang ni pula.. mmmm.. gambar.. boleh tak tolong explain apa benda tu..

Berhampiran dengan kolam renang, ada permainan yang ni namanya
mmmm.. carilah di mana keluarnya suara saya.. heheh..

Kalau nak sihat  boleh cuba alatan senaman ni..
dan jangan risau ada tempat dan tandas untuk menyalin pakaian.

Kolam renang ni ditutup pada pukul 6 petang.
Sekianlah cerita saya.. lain kali saya cerita lagi ye.. bye..









Khamis, 10 Januari 2013

Alahai.. bila anak minta Hamster

Sejak akhir-akhir ni komputer kju ni slow sangat.
Jadi bila dah slow malaslah nak update..
Nak tunggu download 1 gambar makan masa
berjam-jam sampai tertidur tak siap download lagi.
Jadi dari tunggu berjam-jam, baiklah tak payah buat langsung.
Bila hulubalang-hulubalang(anak) dah ambil alih komputer
dan download macam-macam game, macam nilah jadinya.

Alahai.. comelnya hamster ni.. Yang kanan jantan
dan yang kiri betina. Tapi yang betina suka buli yang jantan.

Tak tahu kenapa tiba-tiba Hazwan nak minta beli hamster ni.
Hari-hari minta dibelikan.. Jadi dah tak tahan dengar asyik
minta belikan, jadi kami belikanlah di kedai berhampiran.
Kosnya lebih kurang RM120 selepas diskaun.
Harga termasuk sangkar RM78, makanan RM26.90,
kayu yang macam gambar di atas RM 12.90 dan
2 ekor hamster jenis syria berharga RM9.90 setiap satu.
Ibu dan ayah kena berbajet-bajet ni, sebab baru je
buka sekolah. Kos untuk persekolahan memang tinggi.

Haiwan ni aktif pada waktu malam dan akan tidur
pada waktu siang. Jadi nak bersihkan sangkar
menjadi mudah kerana dia akan duduk diam.

Bila diperhatikan masa dia  tidur, hamster ni akan pilih
tempat yang bersih untuk tidur. Kalau semua tempat
kotor dia akan tidur kat mana-mana je..

Masa dia tidur tu, angkatlah dia dan masukkan ke dalam
bekas yang lain. Pastikan bekas tersebut ada ruang udara.
Pastikan ditutup dan meletakkan benda berat di atasnya.
Masa ni bolehlah membersihkan sangkar.

Hamster sama seperti tupai, akan menyimpan makanan
di rahang atau di pipinya dan akan mengeluarkan
semula makanan yang disimpan untuk dimakan.

Pilihlah makanan yang telah disyorkan oleh pekedai
dan teruskan berbuat demikian apabila anda
membawa pulang haiwan kesayangan baru anda.
Ini akan membantu untuk mengelakkan sakit perut
disebabkan oleh mengubah makanan hamster anda.
Jika anda ingin menukar diet hamster anda,
memperkenalkan makanan baru secara perlahan-lahan
dalam tempoh kira-kira 10 hari, secara
berperingkat dicampur dengan makanan lama.

Anda boleh menambah diet hamster anda dengan kuantiti
yang sangat kecil buah-buahan segar dan sayur-sayuran
seperti epal dan lobak merah. Jangan berikan makan
haiwan kesayangan anda terlalu banyak makanan
segar kerana ini boleh menyebabkan sakit perut.
Vitamin tambahan dan batu mineral boleh
ditambah kepada diet haiwan kesayangan anda
untuk memastikan ia dalam kesihatan yang optimum.

Semua hamsters adalah terdedah kepada cirit-birit yang
teruk yang dikenali sebagai 'ekor basah'. Keadaan ini boleh
disebabkan oleh penyakit, makanan yang tidak sesuai
atau tekanan yang dibawa semasa bergerak ke rumah atau
pengendalian yang kasar. Jika haiwan kesayangan anda
menunjukkan tanda-tanda yang tidak sihat
hubungi doktor haiwan anda dengan segera.

Mainan menggigit adalah bahagian penting daripada
rutin pergigian haiwan kesayangan anda dan sentiasa
perlu disediakan. Hamster akan menggigit apa saja,
jadi untuk mengasah giginya sediakanlah kayu.

Contoh kayu.

Vitamin dan makanan tambahan
Vitamin boleh ditambah kepada makanan
atau air haiwan kesayangan anda.
Makanan tambahan probiotik boleh membantu
untuk mengekalkan penghadaman yang
sihat dan melegakan tekanan.
Untuk persekitaran yang baru, boleh memberi
tekanan kepada hamster anda dan
mempertimbangkanlah untuk membeli makanan
tambahan probiotik sebelum anda
membawa pulang haiwan kesayangan anda.

Contoh rolling ball untuk hamster.

Notes: Shopping list for your Syrian hamster


  • Hamster cage
  • Hamster house or bedroom
  • Woodshavings
  • Hamster bedding
  • Pets at Home hamster food
  • Food bowl
  • Water bottle
  • Mineral stone
  • Vitamin supplement
  • Bottle brush
  • Exercise wheel
  • Hamster playball
  • Tubes and wooden toys
  • Gnawing sticks or chews
  • Hamster treats
  • Cage disinfectant
  • Book on hamsters




Ahad, 6 Januari 2013

Keputusan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

Tahniah kepada semua pemenang anugerah blog paling popular yang dianjurkan oleh Muhamad Anuar MarsibDi bawah ini adalah senarai pemenang dan hadiah yang dimenangi mereka.

  • Entri Pilihan Terbaik Tahun 2012 : Wang Tunai RM70 dimenangi oleh Akmaomar.com
  • Entri Blog Popular 2 Terbaik : Wang Tunai RM70 dimenangi oleh Akmaomar.com

Saya tak masuk pun pertandingan ni.. Sebab pening kepala dan tak tahu macam mana nak masuk.. banyak step.. kepada mereka yang pakar dan mahir je yang tahu..