Translate

Isnin, 18 Mac 2013

3 Golongan Manusia Yang Hampir Masuk Syurga Tapi Disekat




Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,
“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab 
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.


4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Neraka Oleh Wanita


Setelah saya mencari bahan bacaan mengenai penghuni neraka yang paling ramai ialah wanita malah dapat menyebabkan lelaki masuk ke dalam neraka, jadi saya nak kongsikan catatan untuk rujukan saya. 


Perempuan merupakan penyumbang yang paling besar menyebabkan lelaki masuk ke dalam Neraka Allah, Banyak lelaki yang terjebak ke dalam maksiat kerana perhiasan wanita, terutama pada zaman sekarang terlalu ramai perempuan yang mendedahkan aurat mereka sehingga menyebabkan berlakunya maksiat dan sebagainya. Perempuan yang tidak mempunyai kesedaran agama adalah diibaratkan sepertimana anak panah syaitan yang sentiasa memanah lelaki-lelaki sehingga berlakunya perkara maksiat. Contohnya di sebuah kedai kereta itu mempunyai gadis seksi, mesti ramai lelaki yang akan mengunjungi kedai keretanya bukan kerana mahu membeli kereta, tetapi nak tengok perempuan seksi. Firman Allah yang bermaksud “Jangan hampiri zina”. Frman Allah yang bermaksud lagi : "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakaranya ialah manusia dan batu-batu ... "

Terdapat empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita, sepertimana di bawah ini :

  1. Ayah, Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


  2. Suami, Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


  3. Abang, Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


  4. Anak Lelaki, Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.
Empat golongan inilah yang akan masuk ke neraka Allah disebabkan oleh wanita, mari bermuhasabah diri masing-masing, adakah kita tergolong dalam golongan ini, kalau tergolong marihlah bertubat, beristiqfar dan cepat-cepat memohon ampun kepada Allah akan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. 

Sabtu, 9 Mac 2013

Dah 2 Minggu Usianya

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian.
Nak tengok anak hamster yang berusia 2 minggu?
Dah tumbuh bulu dah. Tapi tak buka mata lagi

Ibunya dah tak bagi susu lagi. Dia dah boleh
makan makanan yang keras sama macam ibunya.

Bila si anak nak menyusu je, si ibu akan lari.
Macam mana nak bagi anaknya minum air?
Susah juga nak bagi anaknya minum.
Kalau sempat kami suapkan air kalau tak sempat
dia akan isap air kencing ibunya.

Bunyi macam kotor, tapi fikirlah macam
mana anak tikus liar minum air.
Takkan ibunya membawa bekas untuk mengambil air.
Apa pun ini sekadar info sahaja, jika anda ada apa-apa
komen atau pengalaman, bolehlah tinggalkan ulasan anda.



Rabu, 6 Mac 2013

Hanya Tinggal Kenangan

Mesti anda berasa sedih bila haiwan kesayangan mati satu
per satu. Begitulah yang telah terjadi kepada haiwan
peliharaan saya. 

 Baby hamster ni dilahirkan pada 22-2-2013.
Ada 5 ekor semuanya.
Lebih kurang macam di atas tulah rupanya.
Tak ada bulu. Yang pertama mati pada 27-2-2013.
Tak pe ada 4 ekor lagi. Tapi yang kedua pula mati
pada 2-3-2013 dan ketiga pada 3-3-2013.
Dan yang keempat pada 5-3-2013.

Tinggallah seekor saja yang masih hidup.
Tapi dia tercedera akibat dimakan oleh bapanya sendiri.
Jadi kudung sebelah tangannya.
Salah saya juga, saya ingatkan bapanya yang slow motion
tu tak mengganggu dia, tapi jangan cepat buat andaian.
Macam inilah jadinya. Bapanya akan memakan
anaknya sendiri. Jadi kepada yang memelihara hamster,
sebaik si ibu ada tanda-tanda pendarahan, elokkah
diasingkan ke sangkar yang lain sehingga anaknya
membesar.

Walaupun tercedera, anak ini mahukan kehidupan.
Buat masa sekarang ibunya enggan menyusukannya
secara konsisten, jadi dia makan apa saja yang berada
dihadapannya termasuk habuk kayu.

 Ibunya juga tak kecuali dari digigit oleh bapanya.
Habis bulu ditengkuknya botak dan cedera
demi mempertahankan anaknya dari digigit.
Hamster adalah haiwan jenis senyap, walaupun
sakit dia tidak mengeluarkan bunyi.
Jadi memang susah untuk mengagak yang
dia di dalam keadaan selamat atau tidak.
Sebelum terjadi seperti di atas, eloklah diasingkan
dari si jantan.