Translate

Jumaat, 5 Oktober 2012

Kuih popiah nestum

Kuih ni saya buat dah lama, Resepi dari mak. Mula-mula rasa terus jatuh cinta. Bukan budak-budak je suka makan orang dewasa pun suka. Terima kasih kepada yang telah order kuih ni. Tempahan untuk raya tahun 2012 ni paling banyak dapat tempahan.. Sampai saya sendiri tolak tempahan tu.. Minta maaf banyak-banyak. Sebab nak membuatnya memakan masa sikit .nampak simple je. Kuih ni memang mempunyai permintaan ramai. Belum habis puasa 2012 dah ada tempahan untuk raya 2013, 100 botol.. Mmm.. Nanti saya fikirkan.

Terima kasih kepada kak yah, kak ma, zee, watie, ijan, liza, anis, amirah, moncu, kawan-kawan ofis hubby dan ramai lagi yang telah order kuih ni. Maaf segala kekurangan. Kepada yang ingin berniaga saya cadangkan harga pasaran untuk kuih popiah nestum 300gram berharga RM18 dan 1kg RM35.
Saya jual untuk 500gram RM16 dan 1kg RM30 je.


Resepi
1 paket kulit popiah
200g nestum (baby punya pun tak pe)
100g gula (kurangkan)
air
minyak masak untuk menggoreng

Cara
Kisar kering nestum bersama gula hingga halus
ketepikan
Gulung kulit popiah menggunakan lidi
Lekatkan dengan air
Potong / gunting gulungan kulit popiah tu
Panaskan minyak
Goreng kulit popiah
Toskan sebentar
Gaulkan popiah dengan nestum yang telah dikisar.
Siap untuk dihidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.

Catat Ulasan