Translate

Selasa, 19 Februari 2013

Puding Kastard Berkuah Dengan Buah-buahan

Bila tengok je pasti dah tergoda terutamanya pada jeli
dan buah tu. Saya buat kali ni sedikit pekat dengan
meletakkan tepung kastard untuk menghasilkan bahan sos.
Kalau tak suka pekat boleh kurangkan sukatan tepung kastard.


Bahan
1 tin susu cair
1 tin air (ikut sukatan tin susu)
2 sudu besar perasa jagung (tak letak pun tak pe)
1-2 sudu besar gula (tambah kalau nak manis)
2 sudu besar tepung kastard (sukatan membukit)
2 tin buah-buahan dalam tin yang disukai.
2 paket jeli segera.
1 buku kek kesukaan (optional)

Bahan hiasan
200 gram kacang gajus
coklat chip

Cara
Potong kek dan susun ke dalam satu bekas.
Tapiskan buah-buahan dalam tin, asingkan airnya.
Ambil buahnya sahaja, airnya bolehlah diminum.
Susunkan buahan dalam tin dan jeli di atas kek.

Bancuh tepung kastard bersama sedikit air.
Didihkan susu cair bersama air.
Masukkan gula, kacau sehingga gula larut.
Masukkan perasa jagung.
Bila dah mendidih masukkan larutan tepung kastard.
Kacau dan biarkan mendidih.
Tutup api dan tuangkan di atas buahan dan jeli.
Taburkan bahan hiasan di atasnya.
Sejukkan di dalam peti ais.










Puding Triffle

Kalau ada kek yang berlebihan dan rasa tak nak makan
tu eloklah diubah suai menjadi hidangan yang pasti anda
dan anak-anak menyukainya.

Rupa tak berapa nak menarik sangat, terlupa nak beli
buahan dalam tin campuran. Kalau ada lagi menarik.

Kju guna kristal jeli Nona untuk lapisan atas sekali.
Mari tengok resepinya.

Bahan kek (Lapisan bawah)
1 buku kek (dipotong)

Cara
Susun kek yang telah dipotong di dalam bekas dan basahkan
dengan sedikit air buah-buahan dalam tin.

Bahan kastard
1 tin susu cair
1 tin air (ikut tin susu)
4 sudu besar tepung kastard (sukatan membukit)
3-4 sudu gula

Cara
Bancuh tepung kastard dengan 1/2 tin air.
Didihkan susu cair bersama lebihan 1/2 tin air.
Masukkan gula.
Kacau sehingga gula larut dan mendidih.
Masukkan larutan tepung kastard tadi.
Kacau sehingga kelihatan pekat dan meletup2.
Tutup api dan tuangkan di atas lapisan kek.


Bahan jelly
1 kotak kristal jeli Nona.
2 cawan air (400ml)

Bahan lain: 1 tin buahan dalam tin.

Cara
Didihkan air bersama kristal jeli.
Kacau sehingga larut malam.
Bila dah mendidih tutup api.

Susun buahan dalam tin dahulu kemudian barulah tuang
bahan jeli ke atasnya.

Beginilah rupanya, saya pasti anda akan buat yang lebih
baik dari yang saya buat ni..







Isnin, 18 Februari 2013

Kaedah Mokhdar

Bengkel Insentif Kaedah Mokhdar ni mengajar teknik menghafal
apa-apa saja dengan menggunakan singkatan-singkatan tertentu
membantu melonjakkan pencapaian dalam subjek matematik
dan sains. Bengkel ini juga dihadiri oleh usahawan-usahawan
dan pekerja yang ingin melonjakkan daya pemikiran mereka.
Sila kunjungi laman web sini untuk maklumat lanjut.

Ahmad telah mengikuti bengkel ni pada cuti sekolah
pada tahun 2010. Bayaran pada masa itu adalah RM700
termasuk penginapan dan makan selama seminggu.
Tetapi bayaran tu telah meningkat pada masa kini.
Klik sini untuk info bayaran dan lokasi.

Dewan seminar dan penyerahan sijil penyertaan.

Suasana di luar dewan seminar.

Ni juga salah satu suasana di sana.

Asramanya merupakan deretan rumah kedai.
Jadi sesiapa yang membawa anak kecil eloklah berhati-hati
kerana banyak kereta yang lalu lalang.

Salah satu dewan kuliah berada di tingkat bawah asrama peserta.

Katil yang lengkap disediakan. Jangan lupa bawa kain busuk.

 Keadaan di dalam asrama lelaki.

Dah masuk waktu solat, warden akan menyuruh
peserta bersembahyang. Mereka amat titik beratkan
ajaran agama.

Memang ada peningkatan selepas mengikuti bengkel ni.
Dahulu keputusan perperiksaan Ahmad adalah C, D dan E,
tetapi selepas itu keputusan perperiksaannya kepada A, B dan C.
Kaedah ini perlu diamalkan jika ingin pencapaian
meningkat berterusan.
Mahukan info terkini melalui facebook boleh klik sini.

Ahad, 17 Februari 2013

Taman Rimba Bukit Kerinchi

Kali pertama pergi kat sini, tempat ni ada banyak nyamuk.
Namanya pun Taman Rimba, jadi di dalam rimba memanglah
banyak nyamuk. Lainlah kalau pergi ke hutan lipur.

Lokasinya adalah di Jalan Kubur, Kampung Pantai Dalam.

Nama pun dah Jalan Kubur memanglah kene nampak kubur dulu.

Laluan masuk, nampak deretan rumah lot.

Sign board di luar pintu masuk. Masa pergi tu ada khemahlah
pulak sebab Menteri Wilayah nak melawat kawasan tu..

Ada kemudahan tandas disediakan.

Air terjunnya kecil saja.

 Air takungannya bewarna hijau kerana ada mendapan.



Ada laluan denai untuk pengembara yang suka dengan hutan.


Jumaat, 15 Februari 2013

Ikan Selar Masak Tauchu

Siapa yang tak suka makan masakan tauchukan.
Pasti semua orang suka makan hidangan ni.
Kepada sesiapa yang suka pedas, bolehlah tambah
cili api ke dalam masakan ni.


Bahan
3 ekor ikan selar.
1 paket tauchu.
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 tangkai cili besar*
Kicap secukupnya.
2 sudu besar air asam jawa.
1 sudu besar tepung jagung. (bancuh dgn sedikit air)
1 labu bawang besar (dihiris)
garam.

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Goreng ikan seperti biasa. Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, keluarkan lebihan minyak.
Tumis bahan yang telah dikisar.
Kacau dan biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan tauchu dan air asam jawa.
Kacau lagi dan masukkan kicap.
Tambah sedikit air.
Masukkan tepung jagung dan garam.
Masukkan bawang besar.
Kacau dan tutup api.

Boleh dihias mengikut citarasa anda.



Isnin, 11 Februari 2013

makaroni bakar

Akibat terlupa nak ambil gambar, jadi ni jelah yang tinggal.
Makaroni bakar ni tak menggunakan telur, tapi sebaliknya
saya gunakan tepung. Jadi kepada sesiapa yang tak suka
nak gunakan telur dan nak kurangkan kolestrol, yelah
masak makaroni ni mesti ada cheese, jadi bolehlah ikut resepi ni.
Resepi main hentam taram je.


Bahan Makaroni
300-400 gram makaroni
air secukupnya
garam

Cara
Didihkan air dan masukkan makaroni.
Pastikan makaroni tenggelam kesemuanya
di dalam air.
Biarkan makaroni kembang.
Gaulkan dengan garam.
Ketepikan.

Bahan inti
300 gram daging cincang (kalau tak de cincang sendiri)
3 tangkai cili kering*
4 tangkai cili besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 cawan sos tomato
1 sudu besar serbuk kari
garam.
Sedikit daun sup.

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.
Bila dah terbit minyak masukkan daging cincang.
Biarkan daging empuk dan masukkan serbuk kari.
Masukkan sedikit air.
Kacau dan masukkan sos tomato dan garam.
Tutup api.
Tuang bahan inti ke dalam bahan makaroni.
Gaul hingga sebati dan masukkan daun sup.

Bahan sos putih
1 tin susu cair
2 cawan air
4 sudu besar tepung gandum (sukatan membukit)
garam

Cara
Bancuh tepung gandum bersama 1 cawan air.
Didihkan susu cair bersama baki 1 cawan air.
Masukkan bancuhan tepung tadi.
Kacau sehingga nampak pekat dan meletup-letup.
Masukkan garam.
Kacau dan tutup api.

Cara membakar makaroni.
Panaskan ketuhar suhu 200C.
Ambil satu bekas, isikan sedikit makaroni
mengikut ketebalan yang disukai.

Tuangkan sedikit bahan sos putih.
Kemudian taburkan sedikit capsicum (optional)
Taburkan cheese (mozzarella)

Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Khamis, 7 Februari 2013

dadih yang mudah dan sedap

Sudah tentunya anak-anak suka makan dadih seperti ni.
Tak kurang juga ibubapanya, dadih sedap dimakan sejuk-sejuk.
Tapi bila bab nak membuatnya, emm punyalah malas.

Kalau nak senang boleh cuba dadih segera ni. he..he..
Jenama Happy Grass, macam-macam perisa yang ada.
Rasanya lebih 10 jenis perisa.

Kalau buka pek tu terdapat 1 paket serbuk dadih dan gula
buah-buahan. Semua cara-cara membuatnya telah disertakan
sekali bersama pek tadi.

Bahan lain yang diperlukan:
3 liter air
100 gram gula
1 tin susu cair/sejat (400ml)

Caranya:
Didihkan air bersama gula dan susu cair.
Kacau selalu.

Bila dah mendidih, padamkan api dan masukkan sebuk dadih.
Kacau selama 5 minit.
Akhir sekali masukkan serbuk gula buah-buahan.

Bolehlah dituang ke dalam bekas kesukaan.

Kalau tuang di dalam bekas kecil macam ni boleh dapat
dalam 40 bekas.
Sejukkan di dalam peti ais.