Translate

Sabtu, 12 Julai 2014

Popia Sira Pedas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kalau pergi pasar ramadan mesti
ada jual kuih ni.
Seronok buat sendiri puas hati
boleh buat banyak-banyak
lepas tu macam biasa
saya frozenkan.

Jika nak frozenkan jangan goreng popia
tapi sebaliknya simpan popia yang telah
siap digulung dan masih basah lagi.

Bahannya mudah je.
Sengkuang dan lobak merah
dipotong memanjang.

Tumis bawang merah dan bawang putih
sehingga naik bau.

Masukkan lobak dan sengkuang.
Masak sehingga layu.

Untuk meresapkan kandungan air
dari sayur saya tambahkan
2 sudu besar tepung gandum.

Angkat dan sejukkan.

Sediakan kulit popia dan letakkan
inti macam ni.

Lipat dan gulungkan.

Popia yang telah digulung
dapat dalam 30 biji.
Boleh frozenkan popia yang telah
digulung seperti ini.

Goreng popia tadi.

Angkat dan toskan minyak.

Penyediaan sos pedas.
Macam biasa masukkan
bawang merah dan bawang putih.
Masukkan 2 sudu besar serbuk cili.
Masukkan 2 sudu besar sos tomato.
Masukkan 2 sudu besar gula.
Garam secukupnya.

Bila sos dah masak, masukkan popia tadi.
Beginilah hasilnya.





Kuih Puteri Ayu

Kuih puteri ayu yang sedap.
Resepi dan cara buat saya ikut sama resepi ini.

Nampak sedapkan.
Terima kasih kerana ramai yang
berkongsi resepi ni.

Tiap-tiap kali bulan puasa mesti
saya buat kuih ni.
Buat banyak-banyak
lepas tu saya akan frozenkan.
Esoknya saya akan panaskan je.



Nasi Pandan

Selamat berpuasa.
Air daun pandan yang lebihan
dari buat kuih puteri ayu dan tak tau nak  
buat apa, jadi saya buatlah nasi pandan.
Nak buang sayangkan.

2 cawan beras dan 2 cawan air pandan.
Masak nasi macam biasa
cuma tambah sedikit garam.

Bila dah kering, titiskan pewarna hijau.
Nak masuk terus sebelum nasi kering
pun boleh.
Cuma ia akan nampak sekata.

Kacau dan hasilnya macam ni.
Kalau nak letak bermacam warna pun boleh.
Nampak macam nasi hujan panas.


Cuti-cuti Pulau Pangkor (Part 4)

Dah lama bebenor tak jenguk blog
ni. Apa jadi pun taklah hamba tau.
Tak pe blog hamba memang pandai
jaga diri. Hamba dah pesan
jangan nakal-nakal masa hamba
tak ada.
Entri ni tertunggak sebab gambarnya
tiada di dalam simpanan hamba.
Ok, kita cerita pasal Pulau Pangkor lagi.

Tempat bersejarah yang dilawati.

Yang ni kota belanda.


Kemudian kami melawat kilang satey ikan
dan ikan kering.


Bahagian dalam kilang.
Bila masuk mestilah bau hanyir.
Kalau yang mengandung tu
jangan masuk nanti tak tahan baunya.

Proses ikan dikeringkan atau dijemur.

Selepas tu kami pergi ke kedai
produk yang dihasilkan.

 Ni diantara pruduknya.


Pilih-pilih 3 barang RM10.

 Tulang ikan yu mereka kata buat sup.


Lepas tu kami pergi ke pulau kecil tu.
Pemandu pelancong kata kalau pergi
bulan Mac atau April, tak salah sayalah,
boleh jalan kaki je sebab air laut
rendah atau surut.

Naik bot RM40 yang takde bumbung.
Kalau yang ada bumbung tak taulah
harganya berapa.

Ramai yang buat snorkeling.

Ramai orang macam kat pasar.