Translate

Jumaat, 28 Disember 2012

bubur kacang hijau dan durian

Bubur ni rasanya ramai yang dah tahu cara memasaknya.
Saja kju nak semakkan sikit blog kju ni. he..he..
Mak kju buat bubur ni untuk makan-makan lepas
dengar ceramah yang lepas.
Oleh kerana kju pun pergi mendengar ceramah
pada hari tu.. jadi kju nak kongsi sikit apa
yang diperkatakan dalam ceramah hari tu..

Mengenai kelebihan hari Jumaat, manusia dijadikan 
hari Jumaat dari tanah dan salah satu tanah
yang diambil adalah dari tanah suci Mekah.

Sebab tu orang islam rindu sangat nak pergi ke sana.
Hari Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat.
Begitu besar pahala boleh kita dapat pada hari ini
sekiranya kita bersedekah.
Klik sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai
kelebihan hari Jumaat iaitu penghulu sekelian hari.

Resepi di bawah adalah untuk 30-40 orang makan,
jadi untuk family kecil kurangkan jumlah sukatannya.


Bahan
500g kacang hijau
7 liter air
2 liter santan diperah dari 2 biji kelapa
50 g biji sagu
500g isi durian dari 2 biji buah durian
100 g gula merah
6 sudu gula
garam

Cara
Panaskan periuk masukkan gula merah dan sedikit air.
kacau sehingga gula hancur. Tapis dan ketepikan.

Di dalam periuk yang lain, didihkan air dan masukkan
kacang hijau. Biarkan sedikit kembang.

Masukkan santan dan kacau.
Masukkan gula merah dan durian.
Biarkan mendidih dan masukkan gula.
Masukkan biji sagu dan garam.
Kacau sedikit dan tutup api.

Senang je dalam 15-20 minit dah siap.







Rabu, 26 Disember 2012

Salad Buah

Semalam 25-12-2012, keluarga mertua kju ada didatangi
rombongan merisik untuk merisik adik ipar.
Rombongan dari Pahang.
Setelah majlis selesai, mereka ada
memberi buah tangan.
Kju ambil buah plum dan buah epal.
Jadi, kju pun buat salad buah.
Hari ni masak simple je, ayam goreng
dan salad.


Bahan
1 biji buah epal hijau (potong dadu)
1 biji buah epal merah (potong dadu)
1 biji buah plum (potong dadu)
1 biji buah mangga muda (potong dadu)
mayonis secukupnya.

Cara
Campurkan semua bahan di atas di dalam
satu bekas.. kemudian masukkan
mayonis. Kacau sehingga semuanya
sebati. Siap dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama roti bun,
hotdog dan nugget.

Khamis, 6 Disember 2012

Yong Tau Foo Sup Pasti Jadi

Selamat pagi semua. Ok pagi ni kju nak share resepi
yong tau foo sup yang mudah, sedap dan menjadi
kegemaran anak-anak kita.
Untuk bahan-bahan tau foo boleh dipelbagaikan
mengikut apa yang ada dan yang disukai.


Bahan sos manis
2 sudu besar gula merah (boleh kurangkan)
1 cawan air
Secubit lada hitam
2 sudu besar tepung jagung
(bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar kicap
garam

Penyediaan sos manis
Panaskan kuali dan masukkan air
Masukkan gula merah dan kicap
Biarkan mendidih dan masukkan garam
Masukkan lada hitam dan tepung jagung.
Kacau sehingga nampak pekat.
Tutup api.

Bahan sup yong tau foo
(bahan isian yang disukai)
Tauhu, fish ball, fish cake
telur puyuh, tauhu keping,
daun sup, sayur kangkung

1 kiub ayam maggi
4 liter air
2 sudu besar bawang goreng
garam

Cara
Panaskan periuk dan masukkan air.
Biarkan air mendidih.
Masukkan kiub ayam dan bawang goreng.
Masukkan bahan-bahan yang disukai.
Akhir sekali masukkan garam.
 Sedia untuk dihidangkan.

Bolehlah dihiaskan mengikut kegemaran anda.
Kalau tambah bijan lagi sedap.
Selamat mencuba (^-^)



Selasa, 4 Disember 2012

bihun goreng tomyam antarabangsa

Kali ni apa kata kita tukar selera sikit.
Masakan Malaysia yang dinaiktarafkan
kepada masakan antarabangsa.
Jadi semua bangsa suka pada masakan
campur nikan..

Bahan
1 bungkus bihun (direndam selama 5 minit)
3 tangkai cili kering*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub tomyam knorr
50 g daging ayam (dipotong)
50 g udang (kju tak letak)
2 sudu besar sos tomato.
4 sudu besar kicap.
sedikit sayur kobis (dipotong)
segenggam taugeh
minyak masak
garam

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
Tumis bahan yang dikisar hingga terbit minyak.
Masukkan daging ayam.
Biarkan daging ayam sedikit empuk.
Kacau dan masukkan udang.
Masukkan kiub tomyam, sos tomato dan kicap.
Masukkan sayur kobis.
Kacau sebentar dan masukkan bihun.
Tambah air untuk melembutkan bihun.
Kacau hingga air kering dan masukkan garam.
Masukkan taugeh, kacau sebentar dan tutup api

Hidangkan dengan timun dan telur dadar.

Cara menghentikan darah akibat terluka

Pepatah melayu kata "biar lambat asalkan selamat"
Nilah jadinya kalau buat kerja tergopoh gapah.
Akhirnya kena buat kerja perlahan-lahan.

Kemalangan berlaku di mana-mana jua.
Tempat yang kita rasa selamat pun boleh
menjadi bahaya. Apa lagi bila berada di dapur.
Terkena minyak panas, terpegang air
panas, kuali panas dan jari terluka adalah
perkara biasa ketika memasak.

Tips kali ni ialah cara menghentikan darah akibat terluka.
Caranya adalah dengan mengangkat tangan
atau bahagian terluka setinggi yang boleh.
Kalau boleh melebihi paras kepala.
Jika penat angkat sedikit pun tak apa
cuma darah lambat kering berbanding
tangan yang diangkat tinggi.
Cara ini dibuat supaya darah tidak mengalir
keluar banyak melalui bahagian terluka kerana
jika tangan dibiarkan kebawah darah senang
mengalir keluar mengikut graviti bumi.

Biarkan pada kedudukan di paras tinggi selama
3 - 5 minit. Selepas darah berhenti,
cucilah bahagian yang tercedera.
Jika darah tidak henti keluar, anda
berkemungkinan adalah seorang pengidap
penyakit kencing manis dan perlu
mendapat rawatan doktor.

Cara begini hanya sesuai pada luka di jari tangan
dan kaki. Untuk luka dibahagian lain tidak
boleh diangkat tinggi seperti luka di jari.




Isnin, 3 Disember 2012

Pau gebu dan lembut

Setiap hari Rabu mak kju akan pergi ke surau
untuk mendengar ceramah agama dan hadis.
Biasanya lepas sembahyang isyak ada jamuan
ringan sikit yang dibawa oleh para jemaah sendiri.
Jadi kali ni kju buatkan pau gebu dan memang
gebu untuk makan-makan malam tu.

Kalau nak senang beli je tepung pau yang telah
disertakan sekali dengan bahan-bahan yang diperlukan
Sesuai dengan orang malas macam kju ni..

Bila dah keluarkan bahan-bahan dari pek tadi dapatlah
600g tepung pau, sebuk penaik, yis, shortening & gula.
Tak payah pening-pening nak sukat lagi semua dah ada.
Cara membuatnya juga dah ada disertakan sekali
pada pek tadi.

Untuk membancuh tepung yang sempurna,
mula-mula kita tuang 3/4 tepung dari 600g tepung pau
ke dalam bekas.  Larutkan gula bersama 1 cawan air.
Tuang sedikit demi sedikit air dan sebatikan,
tuang juga yis dan serbuk penaik. Masukkan shortening.
Tambah tepung lagi sehingga doh tak melekat
pada tangan. Buat hingga tepung habis.

Untuk mendapatkan pau yang cantik jangan
bancuh tepung terlalu lembik, jika tidak,
pau akan menjadi kerepot dan tak cun.
Ikut je apa dia kata, dia suruh baling kita baling,
dia suruh campak kita campak.
Nak tunjuk perasaan pun boleh sebab
adunan ni kebal dengan segala keadaan.

Biarkan doh kembang sekali ganda lebih kurang 1 jam.

Bila dah kembang tumbuk doh untuk kempiskan dan
buang angin yang terkumpul dalam doh.
Kalau tersilap ayat minta maaflah ye.

Kemudian kita bahagikan dengan beberapa bahagian.
Isikan dengan inti kegemaran.
Kalau buat kecil-kecil dapat dalam 50 biji.

Sediakan pengalas pau seperti daun pisang, paper cup
atau plastik. Biarkan doh kembang sekali ganda lagi.
Kemudian bolehlah dikukus selama 10 minit
di atas api yang besar.





Ahad, 25 November 2012

daging masak hitam

Musim cuti sekolah memang banyak jemputan
kenduri kahwin, tak ketinggalan ada juga majlis pertunangan.
Mana-mana saja ada rumah membuat kenduri kahwin.
Daging masak hitam sesuai dimakan bersama nasi
beriyani atau nasi minyak.
Mari cuba pula memasak daging masak hitam
yang biasa didapati di kenduri kahwin.


Bahan
1 kg daging (dipotong)
2 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1/2 inci halia *
1 batang serai (dititik)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 sudu besar serbuk rempah kari
1/2 sudu besar serbuk rempah kurma
1 sudu besar sebuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
4 sudu besar sos tomato
4-5 sudu besar kicap.
garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara
Rebus daging hingga empuk.
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Masukkan bahan yang telah dikisar.
Kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
Masukkan serbuk rempah kari, serbuk
 rempah kurma, serbuk ketumbar dan
serbuk jintan putih.
Masukkan sedikit air.
Kacau sehingga terbit minyak.
Masukkan daging dan serai.
Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
Masukkan sos tomato dan kicap.
Jika hendak lebih hitam tambah kicap lagi.
Kacau dan masukkan kentang dan bawang besar.
Kacau dan tutup api.

Sayur Kobis Goreng Oleh Chef Hazwan

Oleh kerana kju ada kat kampung jadi
mulalah datang malas nak update blog.
Jadi ni hidangan yang biasa-biasa je.
Tapi yang luar biasa sikit adalah
ianya dimasak oleh chef Hazwan
yang berumur 7 tahun.
Kalau anak anda tak mahu memasak,
jangan paksa mereka.
Beri pujian dahulu supaya mereka
ada semangat untuk membantu.


Bahan
1/2 biji sayur kobis (dipotong)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 paket fish ball (belah 2)
1 tangkai cili besar (dihiris)
1 tangkai daun kari.
1 sudu besar tepung jagung
(dibancuh dengan sedikit air)
garam dan minyak.

Cara

Hazwan dah pun sediakan bahan-bahan
semua. Pegang pisau baik-baik nanti
terpotong tangan pula.

Ok, ni chef nak tunjuk cara memasak pula.
Mula-mula panaskan kuali dan masukkan minyak.
Tumis daun kari, bawang merah, dan bawang putih.
Kacau sehingga naik bau, kemudian
masukkan cili besar dan fish ball.
Kacau lagi dan masukkan sayur kobis.
Kemudian masukkan air dan tepung jagung.
Tutup kuali dan perlahankan api.
Biarkan sehingga sayur lembut.
Buka penutup kuali dan masukkan garam.
Tutup api dan hidangkan.

Khamis, 22 November 2012

Hutan Lipur Sungai Tua

18-11-2012
Kali ini kami ke hutan lipur Sungai Tua untuk melihat keindahan
semulajadi ciptaan tuhan.
Maklumat lanjut sini mengenai lokasi Hutan Lipur Sungai Tua.

Senang cerita lokasinya berdekatan dengan Batu Cave, Gombak.

Nampak sign board ni dah nak dekat dah.

Sebelum tu makan dulu kat Masjid Negara Kuala Lumpur
dan solat zohor. Malas nak basuh pinggan
kami bawa pinggan polisterin. dah habis makan
masuk je dalam tong sampah.

Ada kawasan camping lengkap dengan kemudahan.
Untuk maklumat lengkap klik sini untuk sesiapa
yang suka dengan cabaran.

Dah sampai di lokasi air terjun.

Takut-takut je ambil gambar. Senyum takut sebab
kalau tergelincir sikit terus jatuh

Semasa kami sampai nasib tak berapa baik kerana baru
lepas hujan.

Paras air meningkat dan deras.

Ada hati juga nak mandi.

Bila air deras secara automatik warna
air bertukar menjadi coklat.

Kita pergi turun sikit bahagian sungai.

Lari dari kesibukan ibukota, tenangkan fikiran.

Indah dan damainya permandangan.

Dianggarkan kelebaran sungai ini adalah selebar 20 meter.


Kalau air tak naik memang seronok mandi sungai.


Rasanya ada tak ikan besar kat dalam sungai ni.

Ahaa.. tak bagi mandi dia buat istana takeshi.


Salah satu permandangan menarik di sana.

Sebelum balik singgah sembahyang dulu di masjid berhampiran
dan melihat bukit Batu Cave.



Selasa, 20 November 2012

Keajaiban Habbatus Sauda

Bila sebut Habbatus Sauda, teringat kju masa hubby kju kerja
di Dubai (2007-2010), banyak dugaan yang ditempuh.
Kju kemalangan disebabkan tayar kereta yang botak.
Yelah kju cuma tahu memandu tapi tak tahu tentang
penyelenggaraan kereta.Dah lama bawa kereta baru
tahu brek kereta mengalami kerosakan.

Pernah anak kju hilang, mujur ada hamba Allah memegang
dan menunggu jika ada ahli keluarga yang sedang
mencari anak. Jika tidak, tak tahu di mana untuk
mencarinya kerana ketika kju keseorangan dan
sedang mendapat rawatan fabroid (ketumbuhan dalam rahim).
Ketika itu kju telah diberi kepercayaan dari doktor
yang merawat,menyuruh pembantunya menjaga anak kju.

Pernah juga kju empat beranak demam.
Tak ada kudrat untuk menyediakan makanan.
Kami hanya makan roti dan makan dulu ubat apa yang ada.
Di masa yang sama kereta mengalami kerosakan.
Yelah dah accident mesti banyak yang rosakkan.

Kju nekad takkan meminta bantuan atau mengadu
kepada sesiapa selagi kju boleh selesaikan
walaupun pada keluarga, jiran atau rakan sekerja.
Alhamdulillah semuanya sudah berlalu.
Kju pun dah sembuh ketumbuhan sepenuhnya
dengan memakan gamat healin memang terbaik.
Jika suami kju akan ke luar negara sekali lagi
kju akan lebih bersedia.

Habbatus Sauda yang dipek. Di Dubai mereka
panggil black cumin (jintan hitam).
Rasanya seperti lada hitam tapi taklah
sepedas lada hitam. Bentuknya seperti bijan.

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan berbunga secara tahunan.
Mengikut cacatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui
di dalam makam FiraunTutankhamen.
Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa
tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan
orang Mesir purba.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW pernah bersabda: "Kekallah kamu dengan Habbatus sauda
padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati"

Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir
bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai
sel darah manusia.

Lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin
hitam dengan timokuinon mendominasi antara
70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

Hasil kajian membuktikan bahawa bahan timnokuinon
yang diekstrak daripada habbatus sauda perupaya menurunkan
paras kolestrol, glukosa dalam darah dan berat badan
sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit
nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon
daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai
kesan tersendiri.

Paras beta amiloid, sejenis protein yang terdapat dalam
otak haiwan nyanyuk menurun selepas diberi makan
minyak habbatus sauda.

Habbatus sauda juga mampu mengurangkan pertumbuhan
sel kenser payudara. 

Disamping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan
tambahan berupaya melambatkan proses penuaan.

Dalam tempoh dua minggu dengan pengambilan habbatus 
sauda, mampu melancarkan penghadaman, melawaskan pembuangan 
najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit,
meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

Ahad, 18 November 2012

daging salai masak ketumbar apa-apa jelah

Biasa orang buat daging masak ketumbar tak letak
santan tapi kali ni terlebihlah pulak.
Tapi rasanya memang sedap.
Kalau berkenan dengan resepi ni cubalah.


Bahan
1 kg daging tak perlu dipotong dahulu.
1 batang serai (diketuk)
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
6-7 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 cawan santan pekat.
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa.

Cara
Basuh dan salai daging di atas api/oven/kuali
sehingga air daging kering
dan bewarna sedikit hitam.
Biarkan sejuk dan potong.


Kju buat seperti gambar di atas.
Letak minyak dahulu kemudian
letak kertas aluminium dan daging.
Tuang sedikit minyak di atas daging.
Tak perlu menutup kuali semasa menyalai.

Sementara itu kisar bahan yang bertanda*.

Di dalam kuali yang sama,
tambah minyak dan masukkan bahan kisar.
Biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan serbuk ketumbar dan santan.
Biarkan sedikit kering dan masukkan serai.
Masukkan pula air asam jawa.
Jika terlalu pekat, tambah air.
Masukkan daging yang telah dipotong.
Biarkan empuk dan masukkan garam.
Kacau dan bolehlah dihidangkan.


ayam goreng tepung belantara

Bila nampak tomato teringat pula masa zaman muda-muda
dulu nak dapatkan kulit yang lembut dan gebu kju
akan makan tomato mentah 1 biji sehari.
Mula-mula tu rasa tak sanggup nak makan,
tapi bila dah biasa macam makan timun je.

Mungkin tulah satu sebab kju sukar mendapat
jerawat apapun bergantung pada amalan
dan tindak balas badan seseorang,
kalau makan tomato 1 biji sebulan
memang tak akan memberi kesan langsung.
Resepi kali ni bukan tentang tomato
tapi tentang ayam goreng tepung ye.


Bahan
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka.
1 biji telur
3-4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk ketumbar
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng.

Cara
Basuh bersih ayam yang telah dipotong.
Masukkan garam.
Masukkan telur dan gaul rata, tak
perlu dikocak telur dahulu.
Masukkan serbuk ketumbar.
Masukkan tepung gandum.
Kalau terlalu cair tambah tepung lagi.
Gaul sehingga semua bahan rata.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Goreng ayam seperti menggoreng
ayam biasa.
Angkat dan hiaskan mengikut
citarasa sendiri.

Jumaat, 16 November 2012

Cucur sayur tembam

Biasanya orang letak yis untuk kembangkan
doh atau bancuhan tepung,
tapi anak-anak kju nampaknya alah pada yis.
Jadi kju tukar yis kepada soda bikarbonat.


Bahan
4 cawan tepung superfine/gandum
2 cawan air.
sedikit daun sup
sedikit cili besar (potong nipis)
sedikit taugeh (kju tak letak)
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam

Cara
Masukkan tepung dan air ke dalam bekas.
Kacau sehingga semunya sebati kalau keras
tambah air dan kalau cair tambah tepung.
Bancuh tepung seperti membuat cekodok.
Kemudian masukkan soda bikarbonat dan garam.
Bila dah sebati masukkan cili, 
daun sup dan taugeh.
Adun kesemuanya sehingga sebati.
Goreng cucur seperti menggoreng
cucur biasa dalam minyak yang
betul-betul panas.

 Resepi ni boleh digunakan untuk membuat cucur udang.
Untuk cucur yang tidak banyak meresap minyak,
jangan bancuh tepung terlalu cair.

Kalau minyak tak panas cucur tak akan kembang.

Gunakan tepung superfine untuk
mendapatkan cucur yang lembut.
Kalau tak de boleh guna tepung gandum.