Translate

Selasa, 23 Oktober 2012

kacang panjang goreng ala mamak


Lagi beberapa hari dah nak sambut hari raya haji..
Kju tak buat kuih pun..
Lepas raya puasa sibuk pula packing kerepek dan kacang je..

Teringat ada sekali tu kju dan keluarga pergi ke restoran mamak.
Ada satu hidangan sayur tu bila makan teramatlah sedap..
Jadi kju pun buatlah experiment sendiri.
Memang sama macam yang mamak masak tu.. hehe.. perasanlah pulak..


Resepi
1 tangkai cili kering (dipotong)
lobak merah (dipotong)
1 tangkai cili merah *
1 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
1 tangkai daun kari
kacang panjang (dipotong)
daging ayam (dipotong)
1 sudu besar serbuk kari
minyak untuk menumis
garam

Cara
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Goreng sebentar cili kering. Angkat dan ketepikan.
Jangan lama sangat nanti hangus.
Masukkan bahan yang telah dikisar.
Biarkan sedikit kering atau sehingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan daun kari.
Kacau sebentar dan masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan daging ayam.
Biarkan seketika hingga daging ayam empuk.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah.
Kacau dan perlahankan api.
Akhir sekali masukkan garam dan cili kering tadi.
Kacau sebentar dan tutup api.

Bila masak sayur macam ni terasa seperti makan di restoran mamak.
Kalau makan dengan kari kambing dan papadom memang dah boleh
buka restoran mamaklah kan..

Muka letih. Baru lepas perkhemahan perdana di SKPU (1) pada 20/10/2012.
Orang nak berkhemah dia pun nak berkhemah juga.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.