Translate

Rabu, 3 April 2013

Bihon Sup Tulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
pembaca-pembaca yang dihormati lagi dikasihi.
Bihon sup ni pasti ramai yang suka makan.

Kalau masa bujang dulu, saya suka bungkus je masakan
macam ni. Tapi bila dah ada keluarga rugi pula nak 
bungkus-bungkus. Harga barang dah melambung
dan kalau beli pun dapat sekali makan je.
Kalau buat sendiri, boleh diulang makan dari pagi
sampai malam.

Dah snap gambar pun banyak, jadi tunjuklah gambar banyak-banyak.
Glamour kejap bihun sup nikan. Lihatlah dunia.. He..he..
\
Bahan bihon
1 paket bihon
sedikit serbuk kunyit
garam
1 liter air

Cara
Didihkan air
masukkan kunyit
masukkan bihon dan garam
tutup api dan ketepikan.

Bahan sambal kicap
10 tangkai cili api*
kicap secukupnya
garam & gula

Cara
kisar bahan yang bertanda * dengan sedikit air.
Tapis dan buang airnya ambil cilinya sahaja.
Letak cili ke dalam 1 bekas masukkan kicap,
gula dan garam.


Bahan Sup
1kg tulang rusuk
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sup bunjut
1 kiub daging Knor
minyak dan garam

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan periuk dan tumiskan bahan kisar.
Masukkan bunga lawang dan buah pelaga.
Biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan sup bunjut dan kiub daging.
Tambah air.
Bila air mendidih masukkan tulang.
Biarkan daging empuk.
Bila daging dah empuk masukkan garam.
Bolehlah dimakan bersama bihun.
Hiaskan mengikut citarasa anda sendiri.