Translate

Rabu, 17 Oktober 2012

puding roti


Bila roti dah lama tak habis makan bolehlah buat puding roti.


Resepi
4 keping roti (buang tepi)
1-2 biji telur (saya letak 1 biji je)
1/2 cawan susu pekat
1/2 paket agar2 cap burung layang-layang
200ml  / 1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula (kurangkan)
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar majerin (cairkan)
3 pewarna makanan yang digemari.

Cara
Blend roti, telur, susu pekat dan esen vanilla dan 1/2 cawan air.
Didihkan agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur.
Masukkan majerin, gula dan kacau rata.
Masukkan adunan roti dan susu cair.
Kacau sekejap dengan api yang perlahan.
Matikan api dan bahagikan kepada 3 bahagian.
Titiskan pewarna dan kacau cepat.
Sediakan loyang dan tuang puding, corakkan mengikut kreativiti.
Sejukkan dan masuk puding ke dalam peti ais.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.