Translate

Rabu, 26 Jun 2013

Pavlova

Bila tengok kawan-kawan yang hantar gambar pavlova,
mulalah teringin rasa nak buat sendiri.
Sekali tengok macam susah je nak buat,
tapi bila dah buat rupanya senang je.
Kalau tahu senang dah lama saya buat
kek ni yang nampak agak mewah.
Tapi kosnya taklah mahal cuma buah-buah
hiasan saja mahal.
Kalau tak mampu letak je buah epal atau mangga.
Kek ni sedap dimakan bersama buah yang
rasanya sedikit masam macam kiwi, strawberi
atau blueberi macam kat atas tu.

Resepi:
4 biji putih telur. (saya guna 5 biji)
1/2 cawan gula kastor.
1 sudu teh cuka masakan. (saya guna 1 sudu besar)
1/2 sudu besar tepung jagung. (saya guna 1 sudu besar)
1 sudu besar esen vanilla.

Cara:
 Pukul putih telur sehingga kembang.
Kemudian masukkan gula kastor.

 Pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga menjadi
putih berkilat dan bertanduk. 
Maknanya kalau kita terbalikkan adunan tu
adunan tu takkan terjatuh atau meleleh.

 Masukkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung.
Kacau sebati.

Bila dah sebati masukkan adunan kek ke dalam oven.
Bakar pada suhu 150 darjah atau mengikut oven
pada 15 minit pertama.
Dan turunkan suhu 140 darjah pada minit berikutnya.
Masak selama 1 jam. Saya tambah 15 minit lagi sebab
nak garing bahagian luarnya.

Adunan ni tak perlu acuan, kerana kek akan kecut
setelah sejuk, jadi tak cantik.
Kalau taknak kecut sangat kena letak sukatan
gula sebanyak 1 cawan.
Tapi manis sangat kecut pun kecutlah.

Haa.. tengoklah tadi kembong ni dah kecut.
Biarkan kek sejuk di dalam oven supaya dia
tak terkejut.

Topping/ hiasan
1 cawan (240ml) wripping cream


Untuk topping saya guna Value Pride topping cream
Senang tak perlu gula atau esen vanilla.

Caranya, putar je topping cream tu sampai bertanduk
sama macam putih telur tadi, bila terbalikkan,
takkan tumpah atau meleleh.

Tuang jelah atas kek yang telah sejuk tadi.

Hiaskan dengan buah-buahan.

Bila dah buat sedap tu kan.. mulalah nak
buat macam-macam.. so jadilah pavlova untuk hantaran
adik yang bertunang. he..he..
Sekian, lain kali saya cerita lagi.. bye..

Rabu, 12 Jun 2013

Ikan Patin Masak Pindang

Yang ni pun salah satu masakan yang senang di buat.
Yang penting mesti sedap.
Kebetulan ramai yang kena batuk dan selsema,
makanan yang kurang berminyak memang sesuai dimakan.
Kalau ikan patin yang jenis berbau tu, boleh tambah
asam keping. Tapi ikan saya ini tak berbau.
Kalau nak pedas boleh tambah cili api.


Resepi ikan patin masak pindang.
Bahan:
1 ekor ikan patin.
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 tangkai cili besar (potong memanjang)
2 kuntum bunga lawang.
Serbuk kunyit.
Garam
Air secukupnya.

Cara:
Hiriskan bahan yang bertanda *.
Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.
Tumiskan bahan yang telah dihiris dan bunga lawang.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan air sukatan agak-agak sehingga ikan tenggelam.
Biarkan air mendidih.
Bila sudah mendidih masukkan ikan dan serbuk kunyit.
Kacau dan biarkan ikan masak.
Bila ikan sudah masak masukkan garam dan cili besar.
Tutup api.
Siap untuk dihidangkan.



Sup Wantan

Sup yang paling senang nak buat, tak perlu bawang atau
tumis tapi tetap sedap dimakan.

Sup wantan panas masih di dalam periuk lagi.

Saya beli je yang dah siap he..he.. mudah jekan..

Kalau keluarkan dari pek tu macam nilah rupanya.

Resepi Sup Wantan.
Bahan:
1 mangkuk wantan.
1 kuib ayam/daging knor.
Sayuran apa-apa pun tak pe (kangkung/sawi)
3 tangkai daun sup.
Fish ball
Cili besar
Bawang goreng.
1 liter air.
garam.

Cara:
Didihkan air.
Masukkan kiub ayam knor.
Masukkan sayuran yang telah dipotong ikut suka.
Masukkan fish ball.
Biarkan sekejap dan kacau.
Masukkan wantan, garam dan cili besar.
Kacau sekejap dan tutup api.
Hiaskanlah dengan daun sup dan bawang goreng.