Translate

Isnin, 1 Oktober 2012

Biskut Simple Cornflakes Madu

Biskut Cornflakes Madu ni memang mudah untuk dibuat. Budak-budak pun memang suka.
Yang kat atas ni adik ipar order.. Terima kasih Hada. Cadangan harga untuk 50 pcs RM25.


Bahan
250g cornflakes
125g mentega
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
Paper cup
Sugar rice/chocolate rice untuk hiasan

Cara
Panaskan kuali dan cairkan mentega dan gula.
Bila dah cair masukkan madu dan conflakes.
Gaul dengan cepat dan sejukkan.
Panaskan ketuhar.
Susun paper cup dan masukkan cornflakes tadi.
Taburkan sedikit chocolate rice/sugar rice di atasnya.
Bakar pada suhu 160 - 170, selama 15 minit mengikut oven masing2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.