Translate

Ahad, 21 Oktober 2012

cekodok roti


 Apa khabar hari ni..diharap semua pun baik-baik sahaja.
Apa aktiviti hari ni agaknya.
Ada yang bercuti dan ada yang sibuk bekerja.
Hubby saya pun kerja juga walaupun hari ni hari Ahad.
Apa pun buatlah yang terbaik dalam hidup ye.
Hari ni saya mereka 1 resepi..
tak taulah kalau ada resepi yg sama dengan saya.
Kira lebih kuranglah ye..

Resepi
12 keping roti
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
daun sup (potong kecil)
daun bawang (potong kecil)
cili besar (potong kecil)
sedikit garam


Cara
Roti dipotong ikut suka. Potong dadu pun boleh.
Di dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, air, garam dan telur.
Kacau sebati.
Masukkan roti, serbuk lada hitam, daun bawang, daun sup dan cili besar.
Gaul lagi sehingga semua bahan rata.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Bila minyak dah panas bolehlah menggoreng campuran roti tadi
sehingga kekuningan dan garing.

Roti dah nak expired lagi 2 hari lagi sedap bila digoreng macam ni.

Kalau goreng lama sikit rasanya rangup macam makan frech fries.
Menu ni sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.