Translate

Sabtu, 6 Oktober 2012

Sardin Roll

 
Cuti-cuti tak ada nak buat apa mulalah buat resepi mengarut.. Maksudnya lain dari hari biasa..

Bahan Inti
1 tin sardin
5 biji cili kering (boleh tambah)*
1 labu bawang besar / 5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
air asam jawa
gula dan garam
sedikit minyak masak

Bahan untuk kulit
1 paket puff pastry jenama Kawan

Cara membuat Inti
Blender bahan yang bertanda *.
Panaskan kuali tuang sedikit minyak masak.
Masukkan bahan yang telah dikisar, goreng hingga naik bau.
Masukkan sedikit air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan sardin.
Perasakan dengan gula dan garam. Sejukkan.

Cara membuat Sardine Roll
Panaskan ketuhar.
Ambil sekeping puff pastry.
Letakkan sedikit inti tadi.
Gulung. Kelar sedikit supaya masak di bahagian tengah dengan sempurna.
Kalau nak cantik boleh sapu dengan kuning telur di atasnya.
Bakar pada suhu 160 - 170 selama 25 minit. Mengikut oven masing2.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.