Translate

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pop Corn


Pop corn ni selalunya kita makan sambil menonton wayang atau tv. Memang senang nak buat dalam masa 5 minit saja dah siap.. Ada orang popkan jagung tu guna didihan air.. tapi saya tak pernah guna air saya guna majerin dan minyak.
Resepi
untuk popkan jagung
Segenggam jagung kering
1 sudu besar majerin
2 sudu besar minyak masak
sedikit garam

untuk sira gula
2 sudu besar gula
2 sudu besar majerin
perwarna makanan yang digemari

Mula-mula panaskan kuali, masukkan majerin & minyak.
Bila dah panas masukkan jagung kering. Masa ni api kena yang paling besar sekali.
Kalau tak jangung tak kembang.

Kacau sebentar dan tutup dengan segera.
Kalau lambat sikit pasti jagung akan terbang ke syiling rumah anda.
Bunyi pop akan kedengaran. Bila bunyi pop yang pertama kedengaran perlahankan api.

 Bila bunyi pop dah habis, buka penutup dan padam api.
Inilah hasilnya dapat sebesin pop corn.
Gaul pop corn dengan garam. Angkat dan ketepikan.

Dalam kuali yang sama, masukkan majerin, gula & pewarna.
Hidupkan api dan kacau hingga gula cair.
Masukkan pop corn tadi kacau segera, jangan padam api dulu tunggu 
semua gula rata pada pop corn dan puas hati baru padam api.

Angkat dan inilah hasilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.