Translate

Selasa, 16 Oktober 2012

rendang daging

Selamat hari Isnin...Pagi ni relaks sikit sebab pagi-pagi lagi dah masak nasi.. Rendang saya masak malam tadi. Cik abang nak bungkus bawa bekal ke office. Rendang ni biasanya saya akan masak banyak-banyak, dibungkus kecil-kecil dan simpan di dalam peti ais. Jadi kalau nak cuma keluarkan dari peti ais dan panaskan. Cara ni sesuai kepada sesiapa yang sibuk bekerja. Balik rumah saja cuma masak nasi dan panaskan rendang tu..


Resepi
2kg daging lembu (dipotong)
15 tangkai cili kering *
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
3 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
400 ml santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar serbuk ketumbar
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis,
buah pelaga
1/2 cawan minyak masak
Sedikit gula dan garam

Cara
Kisar bahan yang bertanda *, panaskan kuali & masukkan minyak.
Tumis kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang.
Bila dah naik bau masukkan bahan yang telah dikisar. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan daging yang telah dipotong tadi.
Biarkan hingga daging empuk.
Bila daging dah empuk masukkan santan, serbuk ketumbar dan serai.
Kacau sebentar dan biarkan sehingga santan agak kering sedikit.
Kemudian masukkan kerisik.
Masukkan juga daun limau purut.
Rasakan dengan gula dan garam.
Padamkan api.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.