Translate

Selasa, 13 November 2012

Welcome to Malaysia Cameron Highland (pt 1)

10/11/12 - Perjalanan Pergi

Percutian kali ni ke Cameron Highland adalah tidak dirancang.
Kebetulan kakak ipar kju dapat rumah penginapan tnb
jadi rasanya ini peluang terbaik untuk ke sana.
Kalau nak cari penginapan sendiri memang
lambatlah kami ke sana. 
Perjalanan kami pada 10/11/12 tarikh yang amat cantik,
kami bertolak dari Puchong pada pukul 9 pagi.

Bulan November sekarang ni adalah musim hujan.
Bila tengok tompokan awan, tak lama lagi mesti hujan.

Bila naik kereta je terus tidur. Semalam Ayu ada kursus jenazah
balik pukul 11 mlm, jadi dia sedikit letih.

Singgah jap di R&R Rawang. Minum pagi dan makan buah.

Oleh kerana kami tak tahu nak ikut persimpangan
Tapah atau Simpang Pulai, jadi kami singgah dahulu
di R&R Tapah untuk berfikir. Perjalanan manuju ke 
Cameron Highland melalui persimpangan Simpang Pulai
adalah lebih selesa dan selamat tetapi perjalanan lebih jauh
berbanding melalui persimpangan Tapah lebih dekat tetapi
merbahaya kerana terdapat tebing curam.

Setelah berfikir dan kami memang tak sabar nak sampai cepat,
jadi kami mengambil keputusan untuk mengikuti exit Tapah.

Lepas tol Tapah, belok kiri untuk menuju ke Cameron.

Permandangan damai.

Dah ada sign board jalan bengkang bengkok jadi berhati-hati.

Hari Sabtu banyak lori dan sepanjang jalan ada tanda amaran.

Di sepanjang perjalanan tak terkira banyaknya gerai
menjual hasil hutan dan madu lebah oleh penduduk orang asli.

Kalau tak biasa kenalah pandu perlahan sebab tak tahu apa 
yang ada di sebelah tembok tu.

Ada juga cerun yang sedang dibaiki.
Siapa takut, ikut jalan jauh ye (Simpang Pulai).

pergi ke pt 2pt 3pt 4pt 5pt 6pt 7pt 8pt 9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.