Untuk beberapa hari ni kju ada ambil tempahan buat kek.
Sesekali curi-curi juga packing kerepek dan kacang.
Baru buat kerja tu dah termengah-mengah.
Tapi kju respect dengan peniaga-peniaga makanan.
Kju pernah tinggal berdekatan dengan peniaga nasi campur dan nasi lemak.
Saat kju dibuai mimpi kju mimpi lauk ayam goreng.
Masa tu pukul 4 pagi.
Bila kju intai rupa-rupanya jiran berdekatan tengah menggoreng ayam
untuk nasi lemak.
Kju rasa kju tak boleh bangun 2 pagi dan siapkan makanan.
Terima kasih pada peniaga semua, mereka korbankan masa tidur mereka
untuk menyediakan makanan pada kita.
Okeylah resepi kali ni adalah sup tulang idaman bonda.
Bahan
1kg tulang lembu.
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
bunga cengkih, bunga lawang,
kayu manis dan buah pelaga.
1 sup bunjut adabi.
2 biji kentang (dibelah 4).
daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan.
garam dan minyak
Cara
Hiris bahan yang bertanda*
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris.
Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
Bila dah naik bau masukkan tulang lembu.
Biar seketika dan masukkan air hingga tulang tenggelam.
Biarkan hingga daging empuk dan masukkan sup bunjut.
Tambah air bila kering.
Bila daging sudah empuk masukkan kentang.
Biarkan kentang empuk dan masukkan garam.
tutup api dan masukkan bahan hiasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.