Translate

Selasa, 13 November 2012

Welcome to Malaysia Cameron Highland (pt 3)

Lawatan ke Stesen Mardi

Jalan menuju ke pekan Tanah Rata. Cuaca pun dah mendung.
Jalan jem sikit.

Simpang sebelah kanan adalah ladang madu lebah,
tapi kami tak singgah dulu kami terus ke pekan Tanah Rata.

Tak sangka jumpa keluarga kat pekan ni.
Masa ni hujan dah lebat.
Keluarga kakak ipar pun ada.
Mereka dah sampai sehari sebelumnya.
Kami memang menginap di banglo yang sama
tapi tak sangka jumpa kat sini jadi tak payah call lagi.

Walaupun hujan kami terus melawat ke Mardi.
Kalau nak tahu di mana boleh beli map di stesen minyak
atau di pasaraya di sana.

Stesen Mardi.

 Dah nampak pokok strawberry.

 Kita makan aiskrim strawberry dulu.


 Tomato ni segar lagi. Jangan sesekali memetik buah tanpa kebenaran
kerana dikhuatiri telah disembur racun serangga.

Hazwan nak petik buah labu air.


Ikan tak nak makan sebab dah banyak makanan yang dicampak.

 Hari pun dah hujan.

Kita tangkap gambar dulu.

pergi ke pt 1pt 2pt 4pt 5pt 6pt 7pt 8pt 9


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.