Translate

Jumaat, 2 November 2012

daging kicap ala baba dan nyonya

Jangan boring pula ye.. minggu ni menu semua daging.
Nak habiskan stok daging korban.
Kali ni menu daging masak kicap ala baba dan nyonya.
Sebab ada sedikit manis dan tak pedas.
Tapi rasa tetap sedap.


Bahan
1kg daging  (dipotong)
3-4 sudu besar gula merah
3 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 tangkai cili merah*
1 sudu besar tauchu (kju tak letak)
2 sudu besar air asam jawa
1 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (potong ikut suka)
Cili merah untuk hiasan
Minyak masak
garam secukup rasa

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Masukkan serai.
Masukkan bahan yang dikisar.
Biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan tauchu.
Masukkan daging dan gula merah.
Tutup kuali dan biarkan daging empuk.
Bila daging dah empuk masukkan kicap pekat dan kicap manis.
Biarkan sedikit kering dan masukkan bawang besar.
Masukkan garam dan cili besar.
Tutup api.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.