Sempena hari raya korban ni memang sepanjang minggu makan lauk daging.
Banyak sangat daging korban dalam peti ais.
Tak masak nanti tak bermakanlah jawabnya.
Mari tengok resepi kurma daging ni..
Resepi
1 kg daging (dipotong)
4 sudu besar serbuk kurma baba's
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar kerisik kelapa
1 sudu besar kerisik kelapa
1/2 cawan santan pekat
2 biji kentang (dibelah 4)
1/2 inci halia *
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
2 batang serai (diketuk)
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis
buah pelaga
1 biji cili besar (dipotong panjang)
1/2 kiub daging knorr
sekeping asam keping
garam dan gula
minyak untuk menumis
Cara
Tumbuk bahan yang bertanda*.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Bila minyak dah panas masukkan serai, bahan tumbuk, bunga lawang,
bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
Biarkan seketika sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kurma dan serbuk ketumbar.
Kemudian masukkan daging yang telah dipotong.
Biarkan sehingga sedikit kering.
Tambah sedikit air dan biar hingga daging empuk..
Bila daging dah empuk masukkan santan,
kerisik, kiub daging dan asam keping.
Masukkan cili besar, gula dan garam.
Siap untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.