Pasti semua orang gemar memakan sambal ikan bilis.
Boleh dimakan bersama nasi lemak atau pencicah cekodok.
Kali ni kju buat sambal ikan bilis lembut dan tak liat.
Bahan
200g ikan bilis (dikopek)
10 tangkai cili kering*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu besar gula
1 labu bawang besar (dipotong)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Masukkan ikan bilis, goreng sebentar.
Tak perlu sampai garing.
Angkat ikan bilis dan toskan.
Di dalam kuali yang sama masukkan bahan kisar.
Kacau dan biarkan kering sedikit.
Bila sambal sudah terbit minyak masukkan gula dan garam.
Masukkan ikan bilis.
Tambah air supaya ikan bilis menjadi lembut.
Masak hingga kuah nampak pekat.
Masukkan bawang besar.
Kacau seketika dan tutup api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.