Translate

Jumaat, 9 November 2012

siakap steam

Masa zaman kju masa kecil dulu tak pernah makan ikan besar-besar.
Tak pernah makan kfc, mcdonald's, nugget, masa tu cuma
makan ikan goreng. Satu ekor kena bahagikan dengan 4 orang.
Sekarang ni cakap apa je semua ada.
Kalau kita biasakan makan yang sedap-sedap tiba-tiba
tak sedap, budak-budak sekarang makan memilih.
Kalau dulu makan apa je semua sedap.

Hari ni kju masak ikan siakap kukus.


Bahan
1 ekor ikan siakap
1/2 inci halia*
1 tangkai cili besar*
1 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
garam
sedikit minyak
Daun sup (hiasan)
1 biji limau nipis

Cara
Bersihkan ikan dan kelar sedikit.
Kisar bahan yang bertanda* dan lumurkan pada ikan.
Letak sedikit garam.
Perap selama 1/2 jam.

Panaskan kuali dan tuang air.
Biarkan air mendidih, Letak pengalas kukusan.
Letak kertas aluminium di atas pengalas
dan letak ikan seperti gambar di atas.
Letak sedikit minyak di atas ikan.
Tutup kuali dan biarkan masak selama 15 minit.

Bila sudah masak angkat dan hiaskan dengan limau nipis dan daun sup.

Ikan siakap kukus sedap dimakan bersama sos pencicah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.