Zaman dahulu kena berpenat-penat mambawa barang jualan.
Zaman sekarang nak berniaga tak payah pergi
rumah ke rumah tunjuk barang.
Tunjuk barang kat internet kalau setuju settle semua.
Nak bersembang pun tak payah jumpa,
tak payah keluar suara.
kat rumah dah boleh sembang,
dengan orang yang jauh.
Dah tidur pun boleh sembang lagi pulak tu.
Yang penting kena ada wifi. Bukan wife 5.
Ni kju nak tunjuk udang masak sambal kegemaran anak-anak kju.
Kalau ada yang dah mencuba resepi kju pastu tempek
gambar kat facebook kju, lagi kju suka.
Bahan
400g udang
10 tangkai cili kering*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Gula dan garam.
Bawang besar (dihiris)
minyak untuk menumis.
Cara
Bersihkan udang dan buang kepala.
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Masukkan bahan yang dikisar.
Kacau dan biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan bawang besar dan udang.
Padamkan api dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.