Translate

Jumaat, 9 November 2012

sweet and sour crab

Semua insan yang dilahirkan di dunia pasti ada cabaran dan dugaan
yang diberi oleh Allah. Kita perlu terima setiap dugaan itu
dengan hati yang tenang. Kerna dugaan akan hilang
bila nyawa dicabut dari badan.
Setiap dugaan yang diberi, jika kita hadapi dengan sabar,
kita akan mendapat ganjaran di akhirat nanti.
Kehidupan sebenar bermula setelah kita mati.
Kisah itu tak ada kena mengena dengan menu masakan kju ini.
Sudilah kiranya menatap masakan ketam masam manis awan yang mendung.
Kju tak guna sos masam manis sebab nak kelainan sedikit.


Bahan
3 ekor ketam (dibersihkan)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
6-7 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
sedikit air asam jawa
1 tangkai serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili api (ditumbuk sedikit)
1-2 cawan air
1-2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
3 helai daun limau purut
minyak masak
garam
bawang goreng & daun sup untuk hiasan.


Cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Masukkan serai, bawang merah, bawang putih
dan halia. Kacau sedikit.
Masukkan sos tomato dan kicap.
Masukkan air.
Bila air dah mendidih masukkan cili api dan ketam.
Kacau sedikit dan masukkan air asam jawa.
Biarkan ketam masak dan masukkan bancuhan tepung jagung.
Kalau nak berkuah tambah lagi air.
Selepas itu masukkan bawang besar dan daun limau purut.
Kacau lagi dan masukkan garam.
Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.