Translate

Isnin, 5 November 2012

popia nestum lagi

Masa buat kuih di bulan puasa tempoh hari kju tak sempat nak snap gambar
untuk cara membuatnya sebab kju ambil tempahan lebih 100kg.
 Kali ini kju ada masa untuk mengambil gambarnya.
Kalau nak buat perasa lain boleh juga, cuma tambah horlick/ milo/ oat dll.
Kepada yang ingin berniaga, harga pasaran untuk
kuih popiah nestum 300gram berharga RM18 dan 1kg RM35.
Harga kju jual untuk 500gram RM16 dan 1kg RM30 je.



Resepi
1 paket kulit popiah
200g nestum (baby punya pun tak pe)
100g gula (kurangkan)
lidi satey
air
minyak masak untuk menggoreng





Cara
Kisar kering nestum bersama gula hingga halus
ketepikan

Gulung kulit popiah menggunakan lidi

Lekatkan dengan air. Buat sampai habis.

Potong / gunting gulungan kulit popiah tu.

Panaskan kuali dan tuang minyak yang banyak.
Goreng kulit popiah hingga keemasan dan garing.
Goreng di atas api sederhana.
Toskan sebentar
Taburkan serbuk nestum. Lagi banyak lagi sedap.

Gaulkan popiah dengan nestum yang telah dikisar.
Kalau nak sejukkan dulu pun boleh tapi
kju tak sempat nak sejukkan terus tabur serbuk nestum
sebab kju buat sekali banyak.
Bila dah sejuk kju terus masukkan ke dalam balang.

Sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

Yang ni popiah nestum milo.

11 ulasan:

  1. SALAM , MOHON GUNAKAN RESIPI NI....NAK TRY

    BalasPadam
  2. EMM NAMPAK CAM SEDAP JA...MINTAK KEBENARAN AMBIL RESEPI. TERIMA KASIH

    BalasPadam
  3. saya pun mohon share ye..senang betul resepinya..

    BalasPadam
  4. mohon ambil resepi ye..
    tq

    BalasPadam
  5. Salam sy br blajr bisnes popia nk tny bpa hrg perluditolak pd kwn tlg jual

    BalasPadam
  6. Saya mohon keizininan ambil resepi ya.

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.