Translate

Ahad, 4 November 2012

Kari daging

Biasanya orang guna daun kari untuk masak kari tetapi kju
tak ada stok daun kari. Kju cuma letak daun limau purut.
Jadi jika nak rasa keaslian rasa kari bolehlah gantikan daun limau purut
kepada daun kari. Cuma jika menggunakan daun kari hendaklah
menumis daun kari dahulu sebelum memasukkan bahan yang lain.
Lihat resepi kari daging kju.


Bahan
1 kg daging lembu (dipotong)
1 tangkai cili besar*. (boleh diganti dengan cili kering)
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
bunga lawang, bunga cengkih,
buah pelaga.
1 batang serai (diketuk)
4 sudu besar serbuk kari baba's
1/4 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik kelapa (optional)
1 biji kentang (belah 4)
2 helai daun limau purut (optional)

Cara
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Masukkan bahan yang dikisar.
Masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
Masukkan sebuk kari dan sedikit air.
Masukkan daging dan tambah air lagi.
Kacau dan biarkan daging empuk.
Bila daging dah empuk masukkan santan dan serai.
tunggu sehingga mendidih dan masukkan kentang.
Biarkan kentang empuk. Masukkan daun limau purut dan kerisik.
Biarkan sedikit kering dan tutup api.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.