Translate

Ahad, 4 November 2012

roti jala


Bila dah ada kari daging dan sambal ikan bilis nak pula buat roti jala.
Memang sedap bila makan bersama kari dan sambal.


Bahan
500g tepung gandum*
1/2 tin susu cair*
2 tin air (guna tin susu)*
2 biji telur*
pewarna kuning (kju letak serbuk kunyit)*
1 sudu besar majerin (cairkan)*
sedikit garam*
sedikit minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara
Satukan kesemua bahan yang bertanda*.
Kacau hingga tak bergentel.
Masukkan adunan tadi ke dalam blender.
Kisar sebentar.
Tapis bahan yang dikisar dan masukkan ke dalam bekas.

Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit minyak.
Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan jalakan di atas kuali.
Biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.
Bolehlah diangkat dan dilipat mengikut kretiviti masing2.

acuan roti jala




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.