Translate

Sabtu, 3 November 2012

mee goreng mamak

Tik tok.. tik tok.. Sekarang ni dah masuk bulan November.
Cepat betul masa berlalu..
Tik tok.. Tik tok.. Kju masih tak buat tempahan kuih lagi..
Masa berlalu cepat buat!!! Amaran pada diri sendiri..
Dah lama tak makan mee goreng.
Kali ni kju masak mee goreng mamak.. Walah..


Bahan
1 bungkus mee kuning (500g)
1 tangkai cili merah*
1 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 sudu besar serbuk kari baba's
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap (tambah kalau nak lebih hitam)
1 bungkus fish ball (belah dua)
50 g daging ayam (dipotong)
2 pokok sayur sawi
Taugeh (agak-agak)
cili besar (dihiris)
2 biji limau nipis (penambah rasa)
Minyak masak

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Alirkan air pada mee kuning untuk membuang bahan kapur.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Masukkan bahan yang telah dikisar.
Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan rempah kari.
Biarkan sebentar dan masukkan sos tomato dan kicap.
Kacau sebentar.
Masukkan daging ayam.
Bila daging ayam dah empuk, masukkan fish ball.
Masukkan sayur sawi.
Kacau sebentar.
Masukkan mee kuning.
Kacau lagi dan masukkan taugeh.
Bila dah nampak sebati tutup api.
Angkat mee goreng letakkan didalam bekas.
Hiaskan dengan hirisan cili merah dan limau nipis.

Mee goreng ni tak perlu ditambah garam,
sebab mee kuning memang dah masin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.