Translate

Ahad, 25 November 2012

Sayur Kobis Goreng Oleh Chef Hazwan

Oleh kerana kju ada kat kampung jadi
mulalah datang malas nak update blog.
Jadi ni hidangan yang biasa-biasa je.
Tapi yang luar biasa sikit adalah
ianya dimasak oleh chef Hazwan
yang berumur 7 tahun.
Kalau anak anda tak mahu memasak,
jangan paksa mereka.
Beri pujian dahulu supaya mereka
ada semangat untuk membantu.


Bahan
1/2 biji sayur kobis (dipotong)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 paket fish ball (belah 2)
1 tangkai cili besar (dihiris)
1 tangkai daun kari.
1 sudu besar tepung jagung
(dibancuh dengan sedikit air)
garam dan minyak.

Cara

Hazwan dah pun sediakan bahan-bahan
semua. Pegang pisau baik-baik nanti
terpotong tangan pula.

Ok, ni chef nak tunjuk cara memasak pula.
Mula-mula panaskan kuali dan masukkan minyak.
Tumis daun kari, bawang merah, dan bawang putih.
Kacau sehingga naik bau, kemudian
masukkan cili besar dan fish ball.
Kacau lagi dan masukkan sayur kobis.
Kemudian masukkan air dan tepung jagung.
Tutup kuali dan perlahankan api.
Biarkan sehingga sayur lembut.
Buka penutup kuali dan masukkan garam.
Tutup api dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.