Translate

Sabtu, 7 September 2013

Kari Sotong

Oleh kerana dah muak makan sambal,
maka kali ni saya masak kari sotong.
Cara masaknya sama macam
masak kari biasa.
Saya suka guna serbuk kari faiza
kerana tak pedas.
Bila masak kari, saya hanya guna
sedikit santan sahaja untuk
mengekalkan rasa kari.
Boleh ikut cara saya masak kiranya suka.

Bahan
1/2kg sotong
4 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
4 biji buah keras*
2 batang serai (diketuk)
4 sudu serbuk kari faiza.
3 sudu besar santan pekat.
1 keping asam keping/gelugur.
Kacang bendi (optional)
Cili besar (hiasan)
Garam.

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan kuali dan masukkan bahan
yang telah dikisar.
Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari dan serai.
Kacau lagi sehingga agak kering.
Tambah sedikit air dan santan pekat.
Biarkan mendidih dan tambah lagi
air anggaran sehingga sotong tenggelam.
Masukkan kacang bendi dan
kacau sebentar.
Masukkan pula sotong dan asam keping.
Masukkan garam secukup rasa.
Biarkan sotong masak dan tutup api.

Angkat dan hiaskan dengan cili besar.
Ops, cili besar saya tak de pula.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.