Translate

Jumaat, 13 September 2013

Cuti-cuti Pulau Pangkor (Part 3)

 Dah sampai Pulau Pangkor.
Mula-mula bot akan singgah ke jeti Sungai
Pinang Kecil Lama dahulu.
Untuk yang nak ke resort, jangan turun sini.
Mungkin ada pungunjung yang jalan-jalan
dan tak mahu patah semula ke jeti Pangkor,
jadi mereka boleh naik di sini.

Ok.. dah sampai di jeti Pangkor.

Kalau nak kepastian lagi boleh nampak
restoran kopitiam bersebelahan jeti.

 Kalau tak booking kereta sewa tak pe,
masih ada teksi warna pink ni.
Ada banyak dan boleh ke mana-mana saja.
Kalau yang bujang tu boleh naik motor je.
Boleh sewa motor lagi jimat.

Bagi yang bekeluarga macam saya ni
kenalah sewa sebuah kereta.
Nilah kereta sewa yang kami booking tu.

 Kami sewa di Palma Beach Resort,
Teluk Nipah. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Kami sewa pada hari cuti sekolah
jadi walaupun sewa pada hari Khamis,
tetap dikira pada harga cuti.
Harganya RM180 semalam.

 Laluan masuk ke bilik penginapan.
Nampak tak ada motor di tepi sebelah kanan,
boleh tanya kaunter jika mahu sewa.

 Kami sewa family room mempunyai 1 katil queen
dan 2 katil bujang.

 Ada spare 1 tilam bujang.

 Beranda yang ada, tapi tak sempat pun
nak duduk-duduk di situ.

Chalet ni dilengkapi dengan paip mandian di luar.

Bolehlah bersihkan diri dari pasir selepas
mandi di laut berhampiran.

Alamak!!! ada resort yang lebih seronok
ada swimming pool lagi. Takde rezeki
nak main air kolam. Sob..sob..
Lepas ni kami nak sewa di resort tu pula.
Nama resort Pangkor Bay View.
Kami dah survey harganya sama
dengan resort yang kami sewa.. Hmmm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.