Translate

Rabu, 4 September 2013

Cream Puff

Dah lama tak buat kuih ni.
Kena fikir 10 kali nak buat sebab
badan dah naik macam belon.
Maklumlah lepas raya, makan pun
banyak dengan open house sana sini.
Kalau berminat boleh cuba buat.
Saya guna majerin je sebab
tak ada mentega.

Bahan untuk cream puff
250 air
100g mentega
125g tepung gandum
1 sudu kecil gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk castard filling
500 ml susu segar/cair
100 g gula caster
25 g tepung castard (bancuh dgn sedikit air)
30 g tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu besar perasa jagung (optional)

Cara
Didihkan mentega dan air.
Masukkan gula dan kacau hingga larut.

Masukkan tepung dan kacau dengan
cepat sambil tu perlahankan api.

Bila dah berketul, tutup api dan
kacau sehingga menjadi doh.
Sejukkan.

Bila dah sejuk, masukkan telur
satu per satu dan putar sekejap
supaya sebati.
Kemudian masukkan esen vanilla.


Masukkan doh ke dalam piping bag
dan paipkan ke atas dulang pembakar.

Bakar pada suhu 180 darjah pada
10 minit yang pertama dan turunkan
suhu 170 darjah pada 10 minit
berikutnya, dan turunkan lagi
suhu 150 darjah 20 minit lagi.
Saya buat macam tu untuk mendapatkan
cream puff yang garing.

Cara untuk buat filling,
Didihkan susu dan gula.
Masukkan tepung castard dan
tepung jagung.
Kacau sehingga berketul-ketul
atau meletup-letup.
Masukkan perasa jagung.
Tutup api dan biarkan sejuk.

Cream puff yang dah masak akan
berongga di tengahnya senang
nak isi filling.
Bila filling dah sejuk, belah cream puff
dan masukkan filling.

Bolehlah dimasukkan kedalam paper cup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.