Translate

Selasa, 10 September 2013

Cuti-cuti ke Pulau Pangkor (Part 2)

 29/5/2013 (Rabu)
Pada sebelah petangnya kami pergi melawat
Teluk Batik.
Alang-alang dah sampai ronda-rondalah sekejap.

30/5/2013 (Khamis)
Pagi-pagi lagi dah bergegas untuk ke Lumut.
Ronda-ronda dulu sebelum naik bot ke Pulau Pangkor.

Aha.. kat sinilah kami kena saman parking,
sebab tak taulah pula kena beli kupon parking kat
kedai-kedai berhampiran.
Kenalah saman RM10. he..he.
Jadi hati-hati nak parking kat Lumut ni.

Kalau nak terus parking di parking untuk jangkamasa
yang lama, boleh parking di bangunan parking
yang telah disediakan khas buat pengunjung yang
ke Pulau Pangkor untuk masa yang lama.
Bayarannya amat berpatutan tak salah saya
tak sampai RM10 untuk 15 jam.

Jalan-jalan dulu di Pekan Lumut.
Ikan bilis mata biru selalunya jadi pilihan.

Pekedai kat sini kata, ikan bilis dekat pulau lagi
mahal berbanding ikan bilis di Pekan Lumut.

Tak tahulah sebab apa, mungkin mereka tak
galakkan beli di pulau.

Boleh pilih mana yang berkenan.
Rambang mata pulak.

Jalan-jalan tempat lain pula.

 Hampir nak menuju ke Lumut Waterfront.

Ha.. nilah Lumut Waterfront.

 Apa yang ada kat situ. Haaa.. nilah ikan yang sempat
kami pancing. Siap gantung kat batu.
Ni ikan parang.. masak lomak pon sodap.

Dah penat meronda, kita
ke terminal jeti untuk ke Pangkor.

Kaunter tiket, yang ni saya tak tanya pula
tiket untuk apa. Tuan-tuan boleh tanya
kaunter tu ye.

Saya beli tiket kat meja dalam bulatan tu..
Dia ada sediakan perkhidmatan sewa kereta
sekali dengan tiket naik bot.
Harga tiket RM10 seorang (6 org) + sewa kereta
proton saga untuk 2 hari RM80 = RM140

Nilah jeti Lumut.

Tunggu bot di sini.

 Bot dah sampai jom bertolak.

 Jemput naik semua.

 Keadaan dalam bot.

Bot dilengkapi dengan life jacket. Memang selamat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.