Translate

Sabtu, 12 Julai 2014

Popia Sira Pedas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kalau pergi pasar ramadan mesti
ada jual kuih ni.
Seronok buat sendiri puas hati
boleh buat banyak-banyak
lepas tu macam biasa
saya frozenkan.

Jika nak frozenkan jangan goreng popia
tapi sebaliknya simpan popia yang telah
siap digulung dan masih basah lagi.

Bahannya mudah je.
Sengkuang dan lobak merah
dipotong memanjang.

Tumis bawang merah dan bawang putih
sehingga naik bau.

Masukkan lobak dan sengkuang.
Masak sehingga layu.

Untuk meresapkan kandungan air
dari sayur saya tambahkan
2 sudu besar tepung gandum.

Angkat dan sejukkan.

Sediakan kulit popia dan letakkan
inti macam ni.

Lipat dan gulungkan.

Popia yang telah digulung
dapat dalam 30 biji.
Boleh frozenkan popia yang telah
digulung seperti ini.

Goreng popia tadi.

Angkat dan toskan minyak.

Penyediaan sos pedas.
Macam biasa masukkan
bawang merah dan bawang putih.
Masukkan 2 sudu besar serbuk cili.
Masukkan 2 sudu besar sos tomato.
Masukkan 2 sudu besar gula.
Garam secukupnya.

Bila sos dah masak, masukkan popia tadi.
Beginilah hasilnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.