Translate

Sabtu, 12 Julai 2014

Nasi Pandan

Selamat berpuasa.
Air daun pandan yang lebihan
dari buat kuih puteri ayu dan tak tau nak  
buat apa, jadi saya buatlah nasi pandan.
Nak buang sayangkan.

2 cawan beras dan 2 cawan air pandan.
Masak nasi macam biasa
cuma tambah sedikit garam.

Bila dah kering, titiskan pewarna hijau.
Nak masuk terus sebelum nasi kering
pun boleh.
Cuma ia akan nampak sekata.

Kacau dan hasilnya macam ni.
Kalau nak letak bermacam warna pun boleh.
Nampak macam nasi hujan panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.