Translate

Selasa, 13 Ogos 2013

Pulut Periuk Kera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni raya yang ke enam, semua masih
dalam mood hari raya lagi.
Ada yang dah mula membuat puasa enam.
Selamat berpuasa semoga amalan di bulan
Syawal ni akan bertambah juga.

Hari ni saya buat pulut periuk kera
kakak ipar bagi periuk kera jadi
kena cepat-cepat masak. Kalau
biar lama nanti layu pula
periuk kera ni ataupun kera ambil
balik periuk dia.
Cara memasak sama seperti masak
pulut ataupun ketupat.

Mula-mula basuh dulu periuk kera tu.

Oleh kerana saya ada sikit je periuk kera
jadi, saya atur macam ni.

Rendam 2 cawan beras pulut dangan
air biasa selama 1/2 jam.

Toskan airnya dan rendam pula dengan
santan. Anggaran santan adalah
sama banyak dengan beras pulut
iaitu 2 cawan. Saya rendam
sekejap je 2 minit nak rendam lama
pun boleh. Letakkan sedikit garam.

Isi beras pulut 3/4 dari periuk kera.

Kemudian penuhkan dengan santan.
Kalau ada beras yang lebih isi
di dalam bekas yang lain.

Kukus selama 30 - 45 minit atau
sehingga masak.

Bolehlah makan bersama rendang
atau sambal.










2 ulasan:

  1. Selamat sejahtera,

    Saya Hafiz daripada Sudu Emas Management & Services Sdn. Bhd. Kami ingin menerbitkan majalah yang diberi nama Halal Pavilion. Justeru, kami ingin menggunakan sekeping gambar (ketupat periuk kera) daripada blog puan. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar puan dapat memberikan alamat email serta alamat surat menyurat puan kepada kami agar kami dapat memberikan surat permohonan untuk menggunakan gambar dalam blog puan. Sebarang syarat atau peraturan dalam penggunaan gambar tersebut diharap dapat dinyatakan dalam maklum balas puan. Jika pihak puan tidak memberi maklum balas terhadap komen ini dalam tempoh 14 hari, kami akan menganggap ia sebagai ‘tacit approval’ atau kelulusan tersirat bagi kami untuk terus menggunakan gambar daripada blog puan tanpa sebarang halangan. Sekian terima kasih. Hafiz Tel: 06-9520479 Fax: 06-9531878 email: halalpavilion.editorial@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat sejahtera,

      Terima kasih di atas maklum balas tuan.

      Saya tiada halangan untuk tuan menggunakan gambar (ketupat periuk kera) untuk majalah Halal Pavilion.

      Saya memohon maaf di atas kelewatan balasan email tuan di atas kesibukan saya.

      Saya akan memberi maklum balas kepada tuan melalui email tuan.

      Terima kasih

      Padam

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.