Translate

Rabu, 12 Jun 2013

Ikan Patin Masak Pindang

Yang ni pun salah satu masakan yang senang di buat.
Yang penting mesti sedap.
Kebetulan ramai yang kena batuk dan selsema,
makanan yang kurang berminyak memang sesuai dimakan.
Kalau ikan patin yang jenis berbau tu, boleh tambah
asam keping. Tapi ikan saya ini tak berbau.
Kalau nak pedas boleh tambah cili api.


Resepi ikan patin masak pindang.
Bahan:
1 ekor ikan patin.
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 tangkai cili besar (potong memanjang)
2 kuntum bunga lawang.
Serbuk kunyit.
Garam
Air secukupnya.

Cara:
Hiriskan bahan yang bertanda *.
Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.
Tumiskan bahan yang telah dihiris dan bunga lawang.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan air sukatan agak-agak sehingga ikan tenggelam.
Biarkan air mendidih.
Bila sudah mendidih masukkan ikan dan serbuk kunyit.
Kacau dan biarkan ikan masak.
Bila ikan sudah masak masukkan garam dan cili besar.
Tutup api.
Siap untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.