Translate

Isnin, 11 Februari 2013

makaroni bakar

Akibat terlupa nak ambil gambar, jadi ni jelah yang tinggal.
Makaroni bakar ni tak menggunakan telur, tapi sebaliknya
saya gunakan tepung. Jadi kepada sesiapa yang tak suka
nak gunakan telur dan nak kurangkan kolestrol, yelah
masak makaroni ni mesti ada cheese, jadi bolehlah ikut resepi ni.
Resepi main hentam taram je.


Bahan Makaroni
300-400 gram makaroni
air secukupnya
garam

Cara
Didihkan air dan masukkan makaroni.
Pastikan makaroni tenggelam kesemuanya
di dalam air.
Biarkan makaroni kembang.
Gaulkan dengan garam.
Ketepikan.

Bahan inti
300 gram daging cincang (kalau tak de cincang sendiri)
3 tangkai cili kering*
4 tangkai cili besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 cawan sos tomato
1 sudu besar serbuk kari
garam.
Sedikit daun sup.

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.
Bila dah terbit minyak masukkan daging cincang.
Biarkan daging empuk dan masukkan serbuk kari.
Masukkan sedikit air.
Kacau dan masukkan sos tomato dan garam.
Tutup api.
Tuang bahan inti ke dalam bahan makaroni.
Gaul hingga sebati dan masukkan daun sup.

Bahan sos putih
1 tin susu cair
2 cawan air
4 sudu besar tepung gandum (sukatan membukit)
garam

Cara
Bancuh tepung gandum bersama 1 cawan air.
Didihkan susu cair bersama baki 1 cawan air.
Masukkan bancuhan tepung tadi.
Kacau sehingga nampak pekat dan meletup-letup.
Masukkan garam.
Kacau dan tutup api.

Cara membakar makaroni.
Panaskan ketuhar suhu 200C.
Ambil satu bekas, isikan sedikit makaroni
mengikut ketebalan yang disukai.

Tuangkan sedikit bahan sos putih.
Kemudian taburkan sedikit capsicum (optional)
Taburkan cheese (mozzarella)

Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.