Translate

Rabu, 16 Januari 2013

Hotdog Masak Sos

Hari ni kju tak tau nak masak apa, jadi kju masak hotdog masak
sos yang simple dan sapa-sapa pun boleh masak. Terutama sekali
kepada anak-anak dara yang bujang dan ibu-ibu yang pening
kepala sebab anak tak ada selera makan atau memilih makanan.

Bila tengok menu ni, teringat pula masa zaman kju kerja dulu,
ada satu kedai tu selalu hidangkan masakan macam ni.
Dia juga tak lokek ilmu masakan dan berkongsi resepi
dengan kju.. dia akan mengajar apa jua jenis masakan
yang ditanya oleh pelanggannya. Dan sudah semestinya
masakan yang dia masak tu mestilah sedap.. wallah.

Resepi untuk menu ini kju tak tanya pula macam mana nak
memasaknya.. Jadi yang ni kju masak main hentam je..
Asalkan rasanya sama. Kalau ada yang mencuba dan nak rasa
kelainan sikit boleh tambah sos tiram atau sos lada hitam.
Kalau tak nak menggoreng hotdog, bolehlah merebusnya.

Resepi
1 paket sosej/hotdog (potong menyerong)
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 labu bawang holland (potong dadu)
1/2 inci halia (dihiris)
sedikit garam

Cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Goreng sosej sebentar.
Angkat dan toskan.

Di dalam kuali yang sama, keluarkan lebihan minyak.
Tumis bawang holland dan halia sehingga wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Kacau sebentar dan masukkan garam.
Akhir sekali masukkan sosej.
Gaul sebati dan hidangkan.

Boleh dihiaskan mengikut kreativiti anda.





5 ulasan:

  1. x pernah msk lg resepi ni..nanti bleh cuba...tq share

    BalasPadam
  2. Saya dah cuba resepi ini. Ok.. Sedap masam2 manis gitu. Tp sy ada tambah cuka sikit sebab sbelum saya jumpa resipi sis, saya ada survey2 juga resipi sosej masak sos di youtube. Overall, resipi sis �� sesiapa yg nak, boleh cuba.

    BalasPadam
  3. Haha malam ni nak try sebab ayam dah habis malas nak kluar beli..org bujang punya penangan..haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.