Translate

Jumaat, 18 Januari 2013

Duit Bantuan Awal Persekolahan 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang tak gembira dapat duit bantuan dari kerajaan ye tak. Semalam anak-anak Kju yang bersekolah menengah dah dapat duit bantuan awal persekolahan. Syukur alhamdulillah ringan sedikit beban ibubapa.

Ada yang cakap duit ni sebagai gula-gula.. Tapi Kju tak kisahlah gula-gula ke apa ke sebagai rakyat Malaysia terasa kita dihargai. Kalau tengok harga barangan naik disebabkan bantuan macam ni Kju rasa ada hikmahnya sebab kadar cukai pendapatan juga dah kurang.. Jadi kita semua bekerjasama untuk negara. Walau apa pun cerita disebaliknya pemberian ini kita anggaplah sebagai suatu takdir. Kita telah ditakdirkan untuk mendapat bantuan ini.

Kalau ada yang tak puas hati, rasa tak cukup ke atau apa, cuba imbas kembali, dulu untuk berpendapatan lebih RM2000, tidak dibekalkan buku teks, sebaliknya ibubapa kena membelinya sendiri. Yang kedua, ibubapa tidak perlu membayar yuran tambahan. Untuk sekolah menengah ada juga bayaran lain untuk sanitary dan majalah. Tapi tak apa, anda semua mesti sayangkan anak-anakkan. Jadi labur sedikit untuk mereka insyaAllah esok bila mereka dah bekerja mereka membantu anda semula.

Tapi kalau ada yang tak puas hati juga apa boleh buat. Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Ucapkan syukur, insyaAllah semuanya cukup walaupun, anda banyak tanggungan atau kekurangan wang. Rezeki Allah yang beri,  kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Dan setiap usaha pasti ada ganjaran dan pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.