Translate

Rabu, 28 Ogos 2013

Biskut Almond London

Alkisahnya almond london yang beli
hari tu dah habis, lepas tu kempunan,
jadi kenalah bikin sendiri.

Resepinya sama je dengan Myresepi,
cuma saya tukar sikit je iaitu tepung
gandum ditukar kepada tepung
biskut atau red rose flour.

Bahan
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50g serbuk badam
200g tepung jagung
300g tepung biskut/gandum
2 sudu besar tepung beras
1 tsp baking powder
200g kacang badam digoreng tanpa minyak
50g badam cincang (hiasan)
700g coklat masakan

Cara

Pukul gula dan mentega hingga gebu.

Masukkan telur, esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan baking powder, serbuk badam dan tepung beras gaul menggunakan
spatula.
Masukkan sikit demi sedikit tepung
jagung dan tepung biskut, gaul
sehingga menjadi doh.

Bila dah menjadi doh, bentukkan doh
lonjong kecil-kecil dan isikan kacang
badam di tengahnya.
Bakar pada suhu 180° atau mengikut
oven masing-masing selama 20 minit.

Cairkan coklat masakan menggunakan
kaedah double boil.

Saya selalu buat sikit-sikit sebab kalau
buat sekali banyak, coklat akan mengeras.
Anggaran sukatan adalah 5-6 sudu besar
coklat dan 1 sudu besar majerin.

Bila coklat dah cair, salutkan biskut
dengan coklat. Gunakan kepantasan
kerana coklat cepat beku. He.he.

Bila dah salutkan coklat, masukkan
di dalam paper cup dan hiaskan.
Masa ni pun kena gunakan kepantasan
klu lambat, hiasan takkan melekat.
Biasanya saya akan terus tabur hiasan
setelah di masukkan ke dalam paper cup.










Selasa, 13 Ogos 2013

Pulut Periuk Kera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni raya yang ke enam, semua masih
dalam mood hari raya lagi.
Ada yang dah mula membuat puasa enam.
Selamat berpuasa semoga amalan di bulan
Syawal ni akan bertambah juga.

Hari ni saya buat pulut periuk kera
kakak ipar bagi periuk kera jadi
kena cepat-cepat masak. Kalau
biar lama nanti layu pula
periuk kera ni ataupun kera ambil
balik periuk dia.
Cara memasak sama seperti masak
pulut ataupun ketupat.

Mula-mula basuh dulu periuk kera tu.

Oleh kerana saya ada sikit je periuk kera
jadi, saya atur macam ni.

Rendam 2 cawan beras pulut dangan
air biasa selama 1/2 jam.

Toskan airnya dan rendam pula dengan
santan. Anggaran santan adalah
sama banyak dengan beras pulut
iaitu 2 cawan. Saya rendam
sekejap je 2 minit nak rendam lama
pun boleh. Letakkan sedikit garam.

Isi beras pulut 3/4 dari periuk kera.

Kemudian penuhkan dengan santan.
Kalau ada beras yang lebih isi
di dalam bekas yang lain.

Kukus selama 30 - 45 minit atau
sehingga masak.

Bolehlah makan bersama rendang
atau sambal.