Translate

Ahad, 7 Oktober 2012

Homemade Burger

Hari Sabtu dan Ahad memang buat menu makan yang lain dari biasa.
Menggunakan inti daging dan dibungkus dengan telur.

Bahan
Untuk inti
300g daging lembu
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 tangkai cili kering*
1/2 inci halia*
2 sudu besar sos tomato
Gula dan garam
Majerin
4 biji telur (dadarkan)

Hiasan
timun/tomato/kobis
Sos tomato/cili/mayonis
Roti burger

Cara
Cincang/ potong daging halus2
Basuh dan toskan
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan daging yang telah dicincang
Bila daging dah empuk masukkan sos tomato.
Biarkan sedikit kering.
Perasakan dengan gula dan garam.
Tutup api dan biarkan sejuk.

Panaskan kuali leper /  kuali tak melekat.
Letak sedikit majerin.
Tuangkan sedikit telur yang telah didadarkan.
Letak sedikit inti daging.
Lipat / bungkus telur.
Angkat dan letakkan di atas roti burger.
Hiaskan dengan sayur kesukaan dan mayonis.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.