Biasa malam-malam selalunyalah kju (p/s: sekarang dah tukar title kju (kak ju) tak
lama lagi jadi mju (makcik ju) lama-lama sikit jadi nju (nenek ju)
makin lama makin tua tak taulah boleh menulis
dalam blog lagi tak, pas tu masuk kubur.
Yang pasti kju akan wariskan blog ni pada keturunan kju.
Dapatlah mereka tengok monyang monyet dia kan.
Macam kita sekarang tak dapat tengok monyang monyet kita lagi.
Berbalik cerita tadi selalunyalahkan.. tapi
kalau tak selalu tengok tv jelah..
selalunya kju buat apam atau kek waktu petang atau malam..
Yelah esoknya terus makan.
Tak payah pagi-pagi bertungkus lumus
mengeluarkan tenaga dan keringat untuk membuatnya..haha..
Apam ni kju guna dari pisang berangan.
Resepi ni kju ambil dari internet tapi dah lama kju tak
tahu dari blog mana. Kju salin dalam kertas je.
Tapi kju ada tukar sikit ramuannya.
Kalau ikut yang lama tak de susu. Cuma 1 cawan minyak.
Sila tengok resepi kju ya..
Resepi
6 biji pisang berangan yang masak ranum.
1 cawan gula.
1/2 cawan minyak masak. (50ml)
1/2 cawan susu cair. (50ml)
2 gelas tepung gandum. (200g)
1 sudu besar soda bikarbonat.
1 sudu besar esen vanilla/pisang.
2 biji telur.
2 sudu besar chocolate rice (optional)
sedikit garam.
Cara
Kupas pisang dan potong kecil. Masukkan kedalam blender paras pemegang.
Masukkan gula, minyak masak, susu, esen vanilla, soda bikarbonat, garam dan telur.
Kisar hingga hancur.
Tuang adunan yang telah di blend tadi ke dalam satu bekas.
Masukkan tepung dan kacau sebati.
Masukkan chocolate rice.
Apam ni kju guna dari pisang berangan.
Resepi ni kju ambil dari internet tapi dah lama kju tak
tahu dari blog mana. Kju salin dalam kertas je.
Tapi kju ada tukar sikit ramuannya.
Kalau ikut yang lama tak de susu. Cuma 1 cawan minyak.
Sila tengok resepi kju ya..
Resepi
6 biji pisang berangan yang masak ranum.
1 cawan gula.
1/2 cawan minyak masak. (50ml)
1/2 cawan susu cair. (50ml)
2 gelas tepung gandum. (200g)
1 sudu besar soda bikarbonat.
1 sudu besar esen vanilla/pisang.
2 biji telur.
2 sudu besar chocolate rice (optional)
sedikit garam.
Cara
Kupas pisang dan potong kecil. Masukkan kedalam blender paras pemegang.
Masukkan gula, minyak masak, susu, esen vanilla, soda bikarbonat, garam dan telur.
Kisar hingga hancur.
Tuang adunan yang telah di blend tadi ke dalam satu bekas.
Masukkan tepung dan kacau sebati.
Masukkan chocolate rice.
Susun acuan dan sapu minyak.
Kalau nak guna paper cup pun boleh.
Susun macam ni.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit
dengan api yang besar.
Yang ni dah siap dikukus.
Kalau keluarkan jadi macam ni.
Memang lembut dan gebu.
Tak keras sampai esok petangnya.
Janji simpan dalam bekas yang ditutup
Buat 1 adunan dapat 30 biji apam.
Boleh beri bekal pada abang yang nak gi kerja..
Apam ni senang nak buat cuma blend dan adunkan.
Kemudian kukus.. Dah siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.