Translate

Jumaat, 5 Oktober 2012

Cuti-cuti ke Genting Highland

Sebelum perperiksaan upsr tahun 2011, kami dah janji dengan anak yang sulung tu (Ahmad) kalau dapat A masa upsr  nanti kami nak bawa dia ke Genting Highland sebagai hadiah.. Yelah dia di antara pelajar yang paling lemah dalam pelajaran. Kedudukan kelas semasa dari tahun 1 hingga tahun 6 adalah di antara kelas yang terakhir dan no 2 terakhir. Masa diumumkan keputusan dia dapat 1A3B1C. Tak sangka pula..
Jom kita tengok keindahan Genting Highland tu..

Kalau nak naik Skyway ikut sini.. Kami tak naik cuma singgah je. Cuma nak tahu rupanya kene drive sikit dari kaki gunung untuk sampai ke sana. Boleh juga naik bas dari KL Sentral.
Dah nak sampai ni kiri bang.. eh kanan bang..
Kami ambil pakej family outdoor untuk 4 orang RM153 + 1 child RM35 = RM188.
Untuk pakej-pakej yang lain ada juga.

Di antara permainan yang dapat kami naik.. Nak beratur panjang ramai sangat..

Mak ooi.. panjangnya nak beratur nak pergi ke Dinasor Land.


Sambil tunggu untuk naik bot kita tangkap gambar dulu.

Snap..snap lagi

Fuhh.. dapat juga naik tapi hujan dah mula nak turun.

Dah hujan dah..



Ni permainan indoor rasanya.. Aku pun tak berapa tahu sangat..
Banyak permainan yang tak dapat kami main sebab hujan.. Dapat tangkap gambar anakonda je.. Ni kau punya pasallah anakonda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.