Translate

Khamis, 18 Oktober 2012

cara menghalau kutu kepala

Jangan ketuk kepala dengan hair dryer. 



Cara menghalau kutu menggunakan hair dryer ni datang secara tak sengaja
bila hantar anak-anak ke tadika dan mereka dapat kutu.

Setelah memakai ubat kutu yang dibeli di farmasi masih ada kutu dikepala lagi.
Anak lelaki yang berambut pendek pun ada kutu juga.
Puas difikirkan tapi yang hairannya saya tak dijangkiti kutu.
Mungkin juga saya guna hair dryer kot..
Lalu macam biasa saya basahkan rambut anak dan
keringkan dengan hair dryer tu..
Hasilnya kutu pun pergi dari kepala mereka..
Tak taulah pasal apa.. mungkin kutu tak suka haba.
Mungkin ada benarnya kerana rokok resdung juga menggunakan haba
untuk menyedut atau mengeluarkan hama resdung.


Apa pun bagi saya cara mengeringkan rambut
menggunakan hair dryer untuk menghalau kutu,
adalah lebih selamat daripada menggunakan
ubat menghapuskan kutu.
Ini adalah pendapat saya sahaja..
Yang penting cuba dulu baru tau..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.