Translate

Ahad, 8 September 2013

Cuti-cuti Ke Pulau Pangkor (Part 1)

Cuti sekolah baru-baru ni, saya penuhi permintaan mak
untuk membawanya bertemu dengan keluarga
angkat saya di Lumut sambil tu kami bercuti
ke Pulau Pangkor.
Tarikh perjalanan iaitu 29/5/2013 - 31/5/2013.
3 hari 2 malam.
Perjalanan dari Puchong ke Lumut.
Bajet RM1500 untuk 6 orang.

Untuk penginapan malam pertama kami
bersetuju untuk menyewa homestay di Manjung.
Kadar sewa pada ketika itu adalah RM150 semalam.
Boleh tengok sini untuk maklumat lanjut.
Kadar sewa mungkin ada kenaikan.
Kami sewa rumah teres 2 bilik dan 2 bilik air.
Ada 1 lagi bilik tapi telah dibuat stor.
Jangan risau ada banyak toto,
bantal dan selimut disediakan.

Cuci mata tengok apa yang ada.
Semua kelengkapan tu termasuk sabun mandi,
ubat gigi dan syampu disediakan oleh pemilik.

Penat je bawa sabun rupanya ada sabun basuh kain dah.

Boleh basuh baju.

Katil bilik no 1 ada aircond sekali.

Dalam setiap almari ada spare bantal, selimut dan toto.

Keadaan dapur memang boleh masak.
Kopi, gula dan teh pun disediakan.
Ada sesetengah homestay tak sediakan.

Yang ni bilik no 2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.