Alhamdulillah, kita semua berjaya menjalani
ibadah puasa di bulan yang mulia ini.
Bulan Ramadhan tahun ini adalah bulan
yang paling sibuk buat saya.
Sampai nak beribadat kena curi-curi.
Target untuk tahun ni adalah sebanyak
300 kg, ternyata tempahan telah
melebihi target dan ada tempahan yang terpaksa ditolak kerana tak terdaya
nak membuatnya.
Yang ni saya letak di kedai.
Bukan kedai saya tapi tumpang
letak je.
Ni pula tempahan dari cikgu ijan.
Kalau dikira-kira semua sekali
dalam 70 botol. Terima kasih.
Dalam sibuk-sibuk tu nak juga buat
kuih berbuka puasa untuk staff pejabat
suami. Kebetulan mereka ada buat
majlis berbuka di pejabat.
Tapi saya guna kelapa tua
sebab tu nampak hitam di lapisan
kelapa. Hi..hi.. malu je kan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.